Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Live streaming Manchester United Vs Sporting Braga 24 Oktober

Jom! comments


Perlawanan antara Manchester United Vs Sporting Braga 24 Oktober UEFA Champions League. Perlawanan dalam Group H, UEFA Champions League di Stadion Old Trafford, Rabu, 24 Oktober 2012.

Senarai Pemain

Manchester United:

1-De Gea; 2-Rafael, 5-Ferdinand, 6-Evans, 3-Evra; 8-Anderson, 23-Cleverley, 24-Fletcher; 10-Rooney, 19-Welbeck, 20-Van Persie.

Braga:

33-Beto; 25-Salino, 4-Nuno Coelho, 26-Vinicius, 21-Ismaili; 27-Custodio, 45-Hugo Viana, 30-Alan, 8-Mossoro, 14-Ruben Micael; 17-Eder.

Live streaming Manchester United vs Sporting Braga 24 Oktober, 2.45 a.m
Sebelum menonton PANGKAH semua iklan dahulu.


Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

3 comments

Datuk Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

JAGUH badminton negara,  Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap apabilla berjaya meraih gelaran Terbuka Denmark 2012 selepas menewaskan pencabar dari China, Du Pengyu dalam perlawanan akhir di Odense, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlarutan hampir sejam itu, Du Pengyu yang menggabungkan pukulan cantik, 'smash' yang tajam dan kekuatan mental berjaya mengawal rentak pergerakan Chong Wei untuk memenangi set pertama 21-15.

Chong Wei bagaimanapun bangkit untuk menguasai set kedua dengan 21-12 sebelum menyekat ketangkasan pemain pilihan ketujuh itu dengan 21-19 bagi
membawa pulang wang tunai AS$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, nasib berbeza dialami oleh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.


Berikut keputusan penuh kejohanan badmintan Terbuka Denmark 2012:

Beregu campuran

Chen Xu/Jin Ma (China) mln Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (Indonesia) 23-21, 24-26, 21-11

Beregu lelaki  

Shin Baek Choe/Yoo Yeon Seong (Korea) mln Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Malaysia) 19-21, 21-11, 21-19  

Perseorangan wanita

Saina Nehwal (India) mln Juliane Schenk (Jerman) 21-17, 21-8  

Beregu wanita

Jin Ma/Jinhua Tang (China) mln Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-8, 21-12

Perseorangan lelaki  

Lee Chong Wei (Malaysia) mln Du Pengyu (China) 15-21, 21-12, 21-19

Pedrosa Juara MotoGP Malaysia

2 comments


Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa memenangi kejuaraan MotoGP selepas mencatat masa 29 minit 29.049 saat pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 berlangsung di sini hari ini.

Tempat kedua jatuh kepada rakan senegara, Jorge Lorenzo daripada Yamaha Factory Racing dengan masa 29"31.823s, manakala rakan Pedrosa dalam pasukannya, Casey Stoner dari Australia di tempat ketiga mengambil masa 29"36.193s.

Perlumbaan MotoGP sebanyak 20 pusingan itu dikurangkan kepada 14 pusingan sahaja kerana hujan lebat.

Utusan

Keputusan Perlawanan Harimau Muda Vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012

1 comments


Keputusan Perlawanan antara Harimau Muda lawan Vietnam U21 akhirnya memihak kepada Pasukan Harimau Muda dengan kemenangan Harimau Muda 1 - 0 Vietnam U21.

Jaringan dihasilkan oleh Hazwan Bakri minit ke 57. Dengan jaringan itu Harimau dapat mengekalkan satu jaringan sehingga wisel penamat.

Tahniah Marimau Muda!!....

Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012

5 comments


Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012-Malam ini akan menjadi penentu siapakan yang akan ditabalkan memenangi Trofi Newpaper CUP 2012 diantara Malaysia U21 vs Vietnam U21.

Moga pemain Harimau Muda kita mempamirkan aksi yang terbaik seperti mana semasa menewaskan Thailang U21 dalam peringkat separuh akhir.

GO! Harimau Muda!..

Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 7 petang ini dan siaran langsung di kaca tv malaysia no info.
LIVE streaming Harimau Muda vs Vietnam U21

Keputusan Harimau Muda Vs Vietnam U21

Keputusan Perlawanan Kelantan VS ATM Final Piala Malaysia 2012

3 comments

Keputusan Perlawanan Kelantan VS ATM Final Piala Malaysia 2012

Di sini akan di update keputusan perlawanan diantara Kelantas Lawan ATM di Final Piala Malaysia 2012. Pertembungan kedua-dua pasukan akan terjawap pada malam ini siapa yang layak dan bakal menjulang trofi Piala Malaysia 2012.

Dalam pertembungan ini, jika Kelantan menang maka Kelantan muncul Juara treble musim ini kerana The Red Warriors sudah menjulang trofi Piala FA dan Liga Super untuk musim 2012 ini.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau digelar Manchester City Malaysia ialah Juara Liga Perdana musim 2012. Jika ATM menang dalam perlawanan akhir ini maka  ATM memenangi trofi yang keda musim ini.

Jadi marilah sesama menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan ini pada malam ini.

Waktu Petang: 

Hujan Lebat Melanda Stadium petang tadi dan keadaan padang agak lembap dan mungkin perlawanan malam ini bertambah rancak dengan keadan padang yang agak basah.

Kehadiran Penonton bertambah ramai walaupun hujan lebat.

Keputusan Perlawanan Kelantan Lawan ATM

Separuh Masa Pertama

Kelantan 1 - 0 ATM
Jaringan :
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-44

Separuh Masa Kedua

Kelantan 2 - 2 ATM
Jaringan :
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-50
Marlon Alex James minit ke-62

Masa Tambahan 15 Pertama

Kelantan 3- 2 ATM
Jaringan :
Indra Putra Mahayuddin minit ke-96

Masa Tambahan 15 Kedua

Kelantan 3- 2 ATM (FINAL)


Barisan Pemain: 

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohamed Aslam Haja Najumudden), Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang), Norshahrul Idlan Talaha.

ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Azmi Muslim (Mohd Fitri Omar), K. Reuben (A. Varanthan), D. Christie Jayaseelan (Venice Elphi Danny Kaya), Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar (kapten), Bruno Sebastian Martelotto, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Marlon Alex James.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab

Kelantan Yakin Merangkul Piala Malaysia 2012

2 comments



Kelantan kini berada di kemuncak prestasi dalam kempen melengkapkan kutipan gelaran musim ini termasuk merangkul Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Jurulatihnya Bojan Hodak berkata anak buahnya mempunyai motivasi yang cukup tinggi untuk menjuarai piala berprestij itu buat kali kedua selepas 2010.

Pasukan yang bergelar 'The Red Warriors' itu akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final.

"Saya tidak fikir pemain tertekan sejak merangkul gelaran Liga Super dan Piala FA musim ini. Matlamat saya adalah bagi memastikan pemain memberi persembahan terbaik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan pasukan di sini, Jumaat.

Jurulatih Croatia berusia 41 tahun itu memperjelaskan bahawa ketiadaan dua tonggak utama, penyerang Mohamed Ghaddar Mahmoud dan pemain tengah Nurfarhan Muhammad, kerana digantung satu perlawanan, tidak akan menjejaskan keupayaan pasukan itu.

"Kami tidak bergantung kepada dua pemain ini untuk menghasilkan gol kerana pemain seperti Indra Putra Mahayuddin dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi boleh menggalas tanggungjawab itu," katanya. Hodak berkata ATM bergantung kepada Marlon Alex James untuk menjaringkan gol dan beliau yakin kemenangan akan ditentukan dalam masa 90 minit perlawanan.

Sementara itu, jurulatih ATM, B. Sathianathan yakin anak didiknya mampu bermain dengan sepenuh tenaga sekiranya perlawanan itu berlanjutan ke masa tambahan.Beliau turut menolak pandangan Hodak mengenai kebergantungan pasukannya terhadap Marlon untuk menjaringkan gol.

"Jika mereka (Kelantan) berhajat untuk menyekat Marlon daripada menjaringkan gol, saya tidak kisah kerana saya telah menilai beberapa pemain yang mampu menyumbang gol," katanya.

Bagi kapten pasukan Hairuddin Omar, beliau tidak meletakkan sasaran peribadi untuk memenangi Piala Malaysia buat kali kelima bersama pasukan ATM.

Untuk rekod, pemain berusia 32 tahun itu pernah menjulang Piala Malaysia bersama negeri kelahirannya Terengganu pada 2001, Negeri Sembilan (2009 dan 2011) serta Kelantan (2010).

Kedua-dua pasukan mengadakan sesi latihan terakhir dengan Kelantan memilih Wisma FAM di Kelana Jaya manakala ATM berlatih di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang. -BERNAMA

Harimau Muda masuk Final VFF Newspaper Cup

Jom! comments


Harimau Muda masuk Final bertemu sama ada Vietnam B21 atau Sydney FC B21.

Pasukan Harimau Muda bawah 21 tahun mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Thailand malam tadi. Dengan kemenangan ini, Harimau Muda telah menempah slot final Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup buat pertama kali.

Syahrul Azwari telah menjadi wira buat pasukan Harimau Muda apabila menjaringkan gol tunggal pada minit yang ke ke-54.

Dengan kemenangan ini, Harimau Muda bakal bertemu sama ada Vietnam B21 atau Sydney FC B21, yang pemenang akan ditemtukan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini.

Ibu Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia

Jom! comments



Ibu pemain bola sepak Kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia
Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu dara.

Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.
Khyril Muhymeen, 25, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.


"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.


Pada 15 Okt lepas, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.

Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. - Bernama

Ganjaran istimewa jika ATM julang Piala Malaysia

Jom! comments


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memberi ganjaran istimewa kepada semua pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya pasukan itu berjaya menjuarai Piala Malaysia.

Bagaimanapun apa dan berapa jumlah ganjaran itu tidak diumumkan kerana ia masih lagi menjadi rahsia.

Ia tidak berlaku seperti pasukan Kelantan yang akan menerima sekeping tanah sekiranya mereka menjadi juara kali ini.

Yang paling penting Ahmad Zahid mahu pemain pasukan ATM  menunjukkan ketangkasan, gaya permainan yang menyeronok serta menghiburkan penonton dan penyokong dan setia mereka.

“Saya yakin pemain ATM akan beraksi dengan taktik dan aksi yang terbaik untuk menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid percaya pasukan ATM dapat memikul tugasan  memartabatkan pasukan ATM setelah 46 tahun ketandusan  gelaran juara.

Menurutnya, penyokong sejak awal lagi mahukan ATM menjuarai piala berkenaan musim ini dan beliau meminta pemain tidak menghampakan harapan mereka menjuarai piala berprestij ini.

“Bermainlah dengan penuh cemerlang dan ganjaran setimpal akan menyusuli kejayaan. Ini janji saya,“ katanya.

Ahmad Zahid mahu pemain bermain bersungguh-sungguh dan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terunggul dalam musim kali ini.

sumber Sinar

Khairul Fahmi dapat tawaran kontrak RM3 Juta

1 comments



Hari ini terdengar kabar angin yang mengatakan Khairul Fahmi telah ditawarkan kontrak bernilai RM3 juta daripada pasukan johor.

Nampaknya kali ini tawarannya lebih tinggi dari pemain penyerang negara yang sebelum ini telah ditawarkan kontrak bernilai RM2 juta kepada Safee Sali oleh pasukan Pelita Jaya Fc.

Kebenarannya masih belum terjawap kerana oleh Khairul Fahmi kerana dia berkata

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

Jadi keputusannya kita tunggu pada pengakhiran final Piala Malaysia.

Keputusan Perlawanan Kelantan lawan Selangor 12 Oktober.

Jom! comments


Sebentar tadi baru sahaja tamat perlawanan separuh akhir antara kelantan menentang selangor dengan kesudahan kelantan 2-0 selangor. Perlawanan yang mendebarkan dan amat bertenaga dari kedua-dua pihak telah menghangatkan lagi suasana.

Jadi keputusan final akan ditentukan oleh kedua-dua pasukan yang hebat ini antara Kelantan Lwan ATM.

Perlawanan Akhir Kelantan menentang ATM.


Keputusan Perlawanan ATM lawan Lion XII 11 Oktober 2012

Jom! comments


Sebentar tadi baru sahaja berakhir perlawanan antara ATM lawan Lion XII di stadium selayang. Perlawanan berakhir dengan jaringan penalti dan kemenangan keatas ATM. Tahniah ATM atas kemenangan 5-4, perlawanan tadi sangat-sangat mendebarkan, buat orang tak senang duduk.

Keputusan ATM 5-4 Lion  XII

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah

Jom! comments

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah-

Malam ini akan bermula perlawanan bola Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah. Mari sesama menonton perlawanan ini dan sokonglah pasukan pilihan anda.

KUMPULAN A

MACEDONIA VS CROATIA - 2.30 pagi
SERBIA VS BELGIUM (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.30 pagi
WALES VS SCOTLAND (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.45 pagi

KUMPULAN B

REPUBLIK CZECH VS MALTA - 12.00 tengah malam
ARMENIA VS ITALI - 1 pagi - Siaran Langsung di Astro SuperSport 2 (816)
BULGARIA VS DENMARK (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.00 pagi

KUMPULAN C

KAZAKHSTAN VS AUSTRIA - 12.00 tengah malam
KEPULAUAN FAROE VS SWEDEN - 12.00 tengah malam
REPUBLIK IRELAND VS JERMAN (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.45 pagi

KUMPULAN D

TURKI VS ROMANIA (PERLAWANAN TUMPUAN) - 1.30 pagi
ESTONIA VS HUNGARY - 2.30 pagi
BELANDA VS ANDORRA - 2.30 pagi

KUMPULAN E

ALBANIA VS ICELAND - 1.00 pagi
SWITZERLAND VS NORWAY (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.30 pagi
SLOVENIA VS CYPRUS - 2.45 pagi

KUMPULAN F

RUSSIA VS PORTUGAL (PERLAWANAN TUMPUAN) - 11 malam - Siaran Langsung di Astro SuperSport (811)
LUXEMBOURG VS ISRAEL - 3 pagi

KUMPULAN G

LIECHTENSTEIN VS LITHUANIA - 1.30 pagi
SLOVAKIA VS LATVIA - 2.15 pagi
GREECE VS BOSNIA HERZEGOVINA (PERLAWANAN TUMPUAN) - 2.45 pagi

KUMPULAN H

MOLDOVA VS UKRAINE - 2.00 pagi
ENGLAND VS SAN MARINO - 3.00 pagi - Siaran Langsung di Astro SuperSport 3 (817)

KUMPULAN I

FINLAND VS GEORGIA - 11.30 malam
BELARUS VS SEPANYOL - 2.00 pagi - Siaran Langsung di Astro SuperSport (811)

Bola ~ Ballack gantung kasut ~

Jom! comments



Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack mengumumkan persaraan daripada bola sepak kelmarin, sekali gus melabuhkan tirai kariernya yang berwarni-warni selama lebih sedekad setengah.

Dia yang menjangkau usia 36 tahun penghujung bulan lalu, tidak berpasukan selepas kontrak dua tahunnya bersama Bayer Leverkusen di Bundesliga tamat pada Jun.

Sejak dibebaskan Leverkusen, Ballack dikatakan ada berunding dengan beberapa kelab di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga-A Australia, namun memutuskan untuk menggantung but.

"Pada usia 36 tahun, saya boleh mengimbas kembali perjalanan panjang yang saya lalui dalam karier profesional bola sepak, sesuatu yang saya langsung tidak berani impikan sebagai seorang kanak-kanak
.
"Adalah satu penghormatan untuk saya berkesempatan bekerja dengan sekumpulan jurulatih dan pemain bertaraf dunia.

"Dan sudah tentu, saya akan merindui setiap saat beraksi dan menjaringkan gol di hadapan 80,000 penyokong, tetapi tempoh beberapa bulan lalu memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti.

"Saya mahu membuka tajuk baru dalam hidup saya, dan di sini saya ingin berterima kasih kepada keluarga dan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong saya. Semua mereka memainkan peranan dalam kejayaan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Selangor tewaskan Singapore 3-1

1 comments



THE Red Giants  berjaya mengakhiri penantian tiga  tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11  apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga  tahun berturut-turut Singapura memenanginya.

Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi  hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti   terhukum apabila  pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.


Senarai barisan pemain Selangor:

Veenod
Ramez Dayoud
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Safee Sali
Safiq Rahim
Bosko Balaban
Helmi Loussaief
Mohd Bunyamin Umar
Gunalan A/L Padathan
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (PG)

Senarai barisan pemain Singapura:

Ito Takuma (PG)
Kawakami Norhiro
Syed Mohd Fadhli Syed Naser Al-Yahya
Muhammad Jufri Taha
Kwok Wing Hong Fabian
Muhammad Hafiz Abu Sajad
Aleksandar Duric
Stefan Milojevic
Shah Hirul Mohd Yusof
Ismadi Muhammad Muhktar
Mohammed Jamil Mohammed Ali

Gol sulung Nazmi Faiz Mansor

2 comments

Gol sulung Nazmi Faiz Mansor di Portugal

Akhirnya Nazmi Faiz Mansor berjaya mencipta gol sulung sepanjang berada di SC Beira Mar Portugal. Kata Nazmi, jaringan itu sebagai hadiah Aidilfitri dan hari jadi dia kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Biodata Azammuddin Akil

5 comments



Biodata Azammuddin Akil

Nama Penuh : Mohd Azamuddin Bin Md Akil
Tarkh Lahir: 16 April 1985
Tempat Lahir: Kuala Lipis,Pahang
Tinggi: 172
Alamat: Indera Sempurna, Jln Ktn-Pekan
Pendidikan: Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
Hobi: Snuker
Pemain Idola: Roberto Baggio dan Azizul Kamaluddin
Pasukan Diminati: MU dan Italy
Posisi: Sayap dan Penyerang
Pemain: Pahang, Malaysia

Biodata Azammuddin Akil, profile Azammuddin Akil, Azammuddin Akil pahang, Azammuddin Akil2012, perkembangan Azammuddin Akil, goal Azammuddin Akil, siapakah Azammuddin Akil, Azammuddin Akil harimau malaya

Manchester City Menentang Malaysia

4 comments

Manchester City Menentang Malaysia 

Malam ini akan mulanya perlawanan persahabatan antara Man city menentang Malaysia(Harimau Malaya). Siapakah pasukan pilihan korang? Kalau pilihan koz tetap pilih Harimau Malaya iaitu pasukan kebangsaan sendiri.

Keputusan Malaysia Menentang Arsenal.

Jom! comments



Keputusan Malaysia Menentang Arsenal.

Tadi puas hati jugak koz tonton siaran langsung pasukan Malaysia Menentang Arsenal. Walaupun tewas tipis kepada Arsenal 2-1 tapi bila di lihat corak permainan Harimau Malaya kita makin matang dan teratur, taniah diucapkan.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net