Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Norman Hakim Bakal Dapat Anak Lelaki

3 comments


Norman Hakim gembira setelah mengetahui isterinya iaitu Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan bakal melahirkan anak lelaki.

Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.

"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Selain Mohamed Danish Hakim, Norman turut mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September tahun lalu.

Dalam pada itu, Memey yang dijangka bersalin pada Februari depan memberitahu dia akan melahirkan bayi tersebut di Hospital Kohilal, Taman Melawati, dekat sini yang turut menjadi lokasi kelahiran anak-anak tirinya sebelum ini.

"Suami sudah terbiasa dengan hospital itu kerana kesemua anak-anaknya bersama Abby dilahirkan di hospital tersebut dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti," katanya.

Tambah Memey, dia juga akan menjalani proses pantang di Kuala Lumpur dan ibunya dari Felda Tenggaroh, Johor akan menjaganya sepanjang tempoh itu.

Sementara itu, Memey berkata, dia dan Norman telah memilih beberapa nama yang dikira sesuai untuk anak mereka itu nanti namun masih belum membuat keputusan tentang nama yang akan dipilih.

Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan seperti membeli kelengkapan dan baju yang sesuai untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka.

"Mungkin selepas melihat wajahnya akan mendapat jawapan nama apakah yang sesuai tetapi buat masa ini ada beberapa nama telah dipilih," katanya.

Johan As'ari dan Kaka Ashraff bukan bercinta

Jom! comments



Johan As'ari menganggap Kaka Ashraff seperti adik dan dia selesa bergandingan dengan penyanyi itu menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia.

Johan berharap hubungan baik itu tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak dengan menuduh mereka bercinta apabila program itu disiarkan kelak.

"Kami sangat serasi bergandingan dalam Fear Factor dan hubungan itu tidak lebih seperti adik-beradik. Saya juga kagum dengan semangatnya yang kental semasa mengharungi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu," jelasnya.

Gambar Afdlin Shauki di Gaza

4 comments


Sebentar tadi Afdlin Shauki telah kongsikan beberapa keping gambar rombongannya di semenanjung Gaza.

Antara artis yang berada di sana bersama-sama rombongan adalah Afdlin Shauki, Bront Palare, Zain Saidin, Heliza Helmi, Amin dan Ustaz Mohsen. Doakan moga urusan mereka di sana di permudahkan...






Heliza Helmi Terbang ke Gaza

3 comments



Info terkini mengatakan Artis bernama Heliza Helmi telah pun terbang ke Kaherah untuk Misi Solidariti Gaza bersama-sama peserta Misi Solidariti Gaza.

Lbih kurang 111 orang telah pun menyertai Misi Solidariti Gaza ini dan 61 orang peserta telah pun berlepas menggunakan penerbangan Etihad pada jam 8 malam tadi. Heliza Helmi dan juga beberapa peserta yang lain menggunakan Egypt Air dan telah berlepas pada jam 10 malam tadi.


Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka disana dan semoga mereka selamat tiba di tanah air kembali.

Siti Nurhaliza Lelong Tudung Bantu Pesakit HIV/AIDS

2 comments



Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia dengan cara melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta.

Siti berkata, tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhannya sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya denan bantuan Fareeda.

"Insya Allah saya akan mereka khas tudung untuk malam persembahan itu yang akan dilelong selain tudung yang saya pakai pada sidang media ini turut dilelong.

"Kedua-dua tudung tersebut adalah direka khas dan tidak dijual dalam rangkaian jenama popular itu," jelasnya.

Siti ditemui selepas sidang media persembahan tersebut yang bakal diadakan pada 30 Januari 2013 di Hotel Grand Hyatt pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Siti berkata, sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia sejak 2009 beliau sentiasa terbuka kepada program-progam bersifat amal dan sekaligus dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ujar Siti, dia berbangga dapat memberikan sedikit bantuan untuk mengutip dana buat pesakit AIDS dan berharap persembahan itu nanti dapat mengumpul dana sebanyak mungkin.

"Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS masih menebal dalam masyarakat Malaysia.

"Selain membantu mengutip dana untuk membantu mereka, diharap makan malam amal itu nanti dapat mengubah pandangan masyarakat kita mengenai mereka.

"Perjuangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS sentiasa menjadi perhatian saya dan pembabitan siti dalam program selebriti sokongan telah membuka mata saya tentang realiti golongan itu," jelasnya.

Sementara itu, Siti berkata beliau akan mengadakan persembahan selama 30 minit dengan mengangkat tema kerohanian daripada album Tahajjud Cinta yang pernah dikeluarkan pada tahun 2009.

Tambah Siti, persembahan itu nanti turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan susunan muzik oleh pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

"Selain mempersembahkan lagu-lagu daripada album Tahajjud Cinta, saya turut akan menyampaikan beberapa lagu terkini yang sesuai dengan tema persembahan iaitu kerohanian," jelasnya.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.

Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.

sumber Mstar

Fasha Sandha dilarang belai kucing

4 comments


Fasha Sandha dilarang oleh suaminya iaitu Jejai  untuk membelai dan bermain dengan kucing belaannya. Fasha Sandha berasa sedih kerana tidak dapat bermesra dengan kucing-kucing peliharaannya.

Dikatakan sejak Fasha mula hamil lagi Jejai tidak membenarkan Fasha menyentuh malah melihat kucing-kucingnya sebanyak 13 ekor itu.

"Rasa sedih sangat apabila hubungan saya dengan kucing-kucing terjejas sedangkan sebelum ini saya sering bercakap dengan mereka.

"Malah Jejai telah meletakkan kesemua kucing kami itu di sebuah bilik tingkat atas rumah kami dan dia tidak membenarkan saya naik melihat mereka langsung.


Fasha dan Jejai sedang menanti saat-saat bahagia untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

"Kadang-kala pernah terfikir juga nak melihat kucing-kucing itu, ketika ketiadaan Jejai, tetapi dah dikira deharka pada suamilah pula," katanya.

Tambah Fasha, suaminya itu risau sekiranya kuman yang terdapat pada kucing boleh berjangkit dan pelakon itu mungkin boleh terkena penyakit sekiranya tidak berjaga-jaga.

"Saya percaya mereka (kucing) pasti merindukan saya. Mana tidaknya, sayalah orang yang menjaga makan, minum serta kebersihan mereka.

"Malah saya turut memandikan mereka sendiri setiap seekor tanpa menghantar ke kedai langsung," ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha tidak tahu adakah Jejai membenarkannya dia bermain dengan kucing lagi selepas bersalin kelak.

"Entahlah, kata orang, bila dah bersalin nanti, memang kena elakkan kucing datang dekat dengan bayi kita kerana takut terkena jangkitan kuman, tengoklah macam mana situasinya nanti," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini mengandung lima bulan itu bakal menjadi duta kepada dua produk ternama kecantikan dan barangan bayi.


Admin: Itu tandanya Jejai sangat ambil berat akan kesihatan Fasha Sanda^^..

Siti Nurhaliza takut penyakit kanser

3 comments




Datuk Siti Nurhaliza iaitu penyanyi nombor satu negara berasa takut dengan pelbagai penyakit kanser terutamanya berkaitan dengan hal dalaman wanita.

Di antara penyakit yang paling digeruni ialah kanser payudara dan rahim, di mana ia sebahagian daripada mahkota tubuh bagi setiap wanita.

"Jika dua organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia adalah organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

"Sebab itu saya begitu risau jika terjebak dengan kanser payudara dan rahim.

"Lebih-lebih lagi dengan kehidupan kita yang serba moden serta sering terdedah dengan makanan segera, penyakit-penyakit seperti ini lebih mudah menyerang kita," katanya.

Tambah Siti, walaupun belum terjebak dengan penyakit-penyakit itu, dia tetap membuat persediaan dengan menjalani ujian kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah, katanya, setiap wanita digalakkan untuk membuat ujian kesihatan terutama berkaitan dengan hal-hal penyakit wanita sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

"Risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit, bukan sahaja berkaitan kanser payudara dan rahim, semakin meningkat dengan peningkatan usia setiap individu.

"Malah, kadar kejadian dikatakan terus meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun akibat gaya hidup moden.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang ialah wanita di Malaysia segan untuk membuat pemeriksaan dan mereka hanya mendapat tahu yang mereka terkena dengan kanser selepas penyakit tersebut sudah berada di peringkat ketiga," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti juga bertegas supaya golongan wanita perlu melakukan rutin senaman kerana ia sedikit sebanyak dapat menaikkan imun pada tubuh badan.

"Pengambilan makanan tambahan juga amat penting. Jangan pandang remeh dengan perkara itu.

"Saya percaya, dengan rutin aktiviti harian yang sangat padat, ambillah masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bersenam. Buatlah apa sahaja asalkan dapat mengeluarkan peluh.

"Alhamdulillah, sepanjang melakukan pelbagai penjagaan diri, saya belum mendapat sebarang penyakit lagi, tetapi itu bukan lesen untuk kita tidak meneruskan membuat pemeriksaan doktor," nasihat Siti.

Pada 30 November lalu, Siti telah mengadakan majlis makan malam amal, Pink Jazzy Affair 2012 bersempena dengan bulan kesedaran penyakit kanser payudara, Gleneagles Kuala Lumpur.

Hot! Zizan Razak abaikan Peminat?

1 comments



Zizan Razak telah menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan peminat-peminatnya walaupun dia tidak menganjurkan sebarang kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.

Zizan memberitahu sudah beberapa kali dia merancang untuk berbuat demikian seperti artis-artis lain yang menghargai peminat-peminat mereka, namun masalah kekangan masa membuatkan perancangan itu tidak menjadi.

"Bukannya tak terfikir, tetapi setiap kali merancang nak buat majlis untuk peminat-peminat mesti tak jadi kerana sibuk dengan kerja.

"Walaupun saya bukan seperti artis-artis lain yang sentiasa meraikan peminat, tetapi mereka tetap di hati dan sedikit pun tidak pernah mengabaikan mereka yang begitu setia dengan saya.

"Bagaimanapun sebagai pulangannya, saya akan memastikan persembahan yang diberikan adalah yang terbaik dan itu adalah antara cara saya membuatkan para peminat gembira dan berpuas hati," katanya.

Tambah Zizan, walaubagaimanapun, dia tetap akan menganjurkan sebuah majlis khusus buat para peminatnya apabila mempunyai masa terluang nanti.

Hot! Kes Khalwat Beego

1 comments


Kes Khalwat Beego Ditangguh Tahun Hadapan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang telah mengarahkan Peguam bela Fakhrul Azman Abu Hasan supaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dokumentasi mengenai kes khalwat pelakon Beego bersama dua rakan lelakinya di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata demikian selepas Fakhrul membuat permohonan supaya pihak pendakwa syarie iaitu Tuan Sarawaheda Tuan Dir membekalkan kepadanya laporan polis dan dokumen berkaitan untuk menyokong penghujahannya di mahkamah.

"Sepatutnya hal-hal berkaitan dokumen yang tidak melibatkan kebenaran mahkamah syariah diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan perbicaraan.

"Hal ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak supaya tidak membuang masa dan kes dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.

Hot! Mizz Nina Dirompak

2 comments



Penyanyi Mizz Nina dikatakan dirompak semalam apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.

Situasi ini berlakau semasa Mizz Nina berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak. ANtara barangan yang dirompak adalah beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.



Gambar Awek Wan Zack Haikal

4 comments


Demam Aff Suzuki 2012 kini melanda di seluruh Malaysia, tetapi berlain pula pada sesetengah awek-awek yang demamkan Wan Zack Haikal. Siapa dia ya? sila mengaku hahaha...Baik di Twitter dan Facebook update-update status kebanyakkannya mengenai Boni Kacak Wan Zack Haikal.

Apa yang pasti Wan Zack Haikal kini sudah berpunya. Ahak siapakah dia?Jum lihat gambar dan Profile Awek Wan Zack Haikal.




Biodata dan Profile Nur Izzati

NAMA KOMERSIAL: Zzati
NAMA PENUH: Nur Izzati Mohd Rashid
ASAL: Bandar Jengka, Pahang
TARIKH LAHIR: 3 September 1993
UMUR: 17 tahun
LAGU SINGLE: Bukan Sombong, 3 Langkah, Akan Aku Nanti, Cintaku Hanya Padamu
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada dua beradik
SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Jengka II, Pahang

PENCAPAIAN: Juara Pertandingan Karaoke System Comunication Multimedia Malaysia (SKMM), 2007; Juara Pertandingan Karaoke Metro Idol di Padang MPK 2, Kuantan, 2008


Hot! Ezad Exist Putus Tunang

2 comments



Ezad Exist dan tunangnya Asliza Abdullah dikatakan ikatan tunang mereka telah pun terputus sejak seminggu yang lalu.

Sepatutnya berkahwin mereka akan berlangsung pada Julai lalu tidak menyangka percintaan yang terjalin selama empat tahun itu gagal bertahan sehingga ke jinjang pelamin.

“Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

“Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu” katanya lagi.

Biodata Yatt Hamzah

9 comments


 Di sini dikongsikan biodata dan profile pelakon kita yang bernama Yatt Hamzah yang kini sudah berimej tudung.


Biodata Yatt Hamzah

NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, 1
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media UiTM, Shah Alam
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon

ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella, Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Ular Emas, Man Pos Masuk Kampung, Madu 1,2,3, Hijab Kekasih, Maya Helena, Pak Su Man, Issandra, Amanah Karmila, Kaber Hero, Kaber Zero, Dunia Baru, Nasi Lemak Lebaran, Memoir Seorang Lelaki, Tentangan Maut, Kasih Alia & Siti Mariam

FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul
PROGRAM: Joran Ria, Smart G, 4C, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi `O', My Share Power, Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-21, Pop Kuiz dan terbaru, Malar Segar

Yatt Hamzah suka berdakwah

2 comments



Info terkini mengatakan Yatt Hamzah lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.

Yatt  berkata, dia amat berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

"Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

"Dari situ juga saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat semasa dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan," katanya.

Tambah Yatt, dia juga merancang untuk menjelajah ke seluruh Institut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta (IPTA/IPTS) bersama-sama ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka dengan para penuntut universiti pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bidang lakonan, Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini.

Tambah Yatt, selain soal imejnya bertudung, dia juga lebih cenderung kepada watak yang dapat memberikan ilmu dan pengajaran kepada penonton.

"Saya masih lagi minat berlakon tetapi perlu ada batasan kerana peranan atau sesuatu watak itu perlu bersesuaian dengan imej saya yang bertudung dan batas saya sebagai isteri orang," jelasnya.

Sementara itu, Yatt memberitahu, dia bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini semakin mudah dan rezeki bertambah apabila bukan sahaja dapat berlakon dan memenuhi program kerohanian tetapi menjadi model untuk busana muslimah.

"Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih," jelasnya.

Anzalna Nasir dituduh berfikiran cetek

6 comments



Anzalna Nasir tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti cantik yang berfikiran cetek atau 'dumb blonde' dan 'bimbo.'
Anzalna Tidak Peduli Dituduh ‘Bimbo’
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, berkata, persepsi itu tidak mengganggu dirinya sehingga dia perlu berubah menjadi individu yang berlainan daripada karakter semula jadinya yang ceria.

“Terus-terang, saya tidak kisah dengan persepsi orang. Saya tidak akan boleh buat semua orang menyukai saya.

“Biarlah apa orang nak anggap kerana mereka hanya menilai pada luaran. Saya tetap dengan diri dan karakter ceria yang tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Pada saya, jika teguran atau tanggapan itu berasas, saya akan terima dan berubah dengan hati terbuka tetapi kalau persepsi kononnya saya ‘dumb blonde’, ia tidak akan menyakitkan saya,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini, baru-baru ini.

Pelakon filem Sepah The Movie ini berkata, tuduhan yang tidak berasas itu dilemparkan oleh sikap segelintir pihak tanpa mengenali dirinya dengan lebih dekat.

“Saya sedar sikap periang dan gemar ketawa dengan kuat ini membuatkan orang menuduh saya berfikiran singkat dan nampak bodoh.

“Walaupun saya kelihatan seperti suka mengambil mudah dalam urusan yang dilakukan, ia tidak bermakna saya tidak boleh berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

“Saya belajar sehingga ke peringkat universiti dan ada ilmu. Otak saya bukan kosong cuma saya tidak mahu bersikap serius dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Anzalna berkata, dia kini mengimpikan untuk menggalas karakter yang berbeza kerana sudah bosan dengan watak antagonis.

“Saya bermula dalam industri menerusi watak-watak jahat, penggoda dan wanita gedik. Apabila khalayak membenci dan merungut dengan watak itu, ia menunjukkan lakonan saya diterima.

“Kini saya sudah muak dengan watak begitu dan mahu mencari peluang watak-watak lain pula,” kongsinya yang juga akan muncul dengan filem Kahwin 5 pada Disember depan.

Filem Sepah The Movie yang turut dibintangi antaranya kumpulan Sepah dan Jehan Miskin akan ditayangkan bermula 29 November ini.

sumber Mstar

Natasha Hudson Elak Berlakon Babak Romantik

Jom! comments




Pelakon Natasha Hudson kini menitikberatkan tawaran lakonan yang diterima demi menjaga batas dan adab sebagai muslimah sejak mula berhijab pada awal April lalu.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 30, berkata, atas kesedaran dan tanggungjawab itu dia akan mengelakkan babak-babak romantik atau bersentuhan dengan pelakon lelaki lain dalam drama atau filem.

“Setakat ini belum ada lagi tawaran watak atau babak yang romantik, intim dan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain sejak saya bertudung.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu cerewet terhadap tawaran yang diterima kerana ini (lakonan) adalah kerjaya saya.

“Mujurlah, kebanyakan pengarah dan penerbit peka dan menghormati batas-batas bagi pelakon yang bertudung seperti saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pemenang trofi Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin ini mula bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada penghujung Mac lalu.

Justeru itu, Natasha berkata, dia kini memberikan keutamaan pada bidang pengacaraan dan urusan syarikat produksi miliknya dan suami Carleed Khaza iaitu Dream Cloud Productions.

“Atas kesedaran terhadap batas-batas pergaulan dan adab saya memberikan lebih tumpuan pada kerja-kerja belakang tabir dan pengacaraan sekarang.

“Saya banyak membantu suami untuk kerja-kerja produksi syarikat kami Dream Cloud. Saya juga aktif menyiapkan rekaan terbaru koleksi hijab yang dijual secara dalam talian,” ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Natasha, dia perlu bijak mengimbangi antara lakonan, pengacaraan dan perniagaan kerana belum bersedia untuk berundur diri daripada dunia lakonan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sepenuhnya buat masa ini kerana ia adalah minat dan kepuasan saya.

“Cuma, saya perlu bijak mengimbangi dan memilih tawaran lakonan yang bersesuaian dengan penampilan dan status sekarang,” kongsinya.

Mengenai kehidupannya yang kini hamil empat bulan, Natasha berkata, perkara itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang seni.

“Rasanya kehamilan pada kali ini lebih baik daripada pengalaman pertama ketika mengandungkan anak sulung Nessa Helena.

“Setakat ini, saya tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik cuma mudah berasa letih sahaja. Selagi larat, saya akan bekerja macam biasa,” jelasnya.

Natasha diijabkabulkan dengan komposer dan penyanyi rap Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, pada 15 April lalu di Masjid Wilayah, di sini.

Gambar Anak Nabil Raja Lawak

14 comments


Berita mengembirakan dimana Nabil raja lawak telah mendapat cahaya mata pertamanya. Berita mengembirakan ini dikongsi bersama peminatnya apabila telah menjadi bapa. 

Isteri Nabil iaitu Nazirah telah selamat melahirkan anak perempuannya yang seberat 2.67 kilogram pada jam 8.40 pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada Nabil dan Nazirah.




Emma Maembong nak jadi pelukis

2 comments




Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, berkata, sebelum bergelar artis dia banyak menghabiskan masa dengan melukis dan menggemari lukisan jenis animasi dan potrait.

Pelakon Emma Maembong berhasrat untuk meneruskan lagesi bapanya iaitu seorang pelukis terkenal negara, Ismail Maembong dan terlibat secara serius dalam bidang itu.

"Sejak berusia 12 tahun lagi saya sudah didedahkan dengan dunia lukisan oleh ayah dan beliau adalah sumber inspirasi saya dalam bidang tersebut.

"Sebelum ini kami sering menghabiskan masa bersama dengan melukis sehingga pukul tiga atau empat pagi dan beliau banyak memberikan inspirasi kepada saya sebagai seorang pelukis," ujarnya kepada mStar Online.

Kelibat Emma boleh disaksikan menerusi drama bersiri Cinta Itu Milikku terbitan Orangetree Production yang sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Selain Emma, drama bersiri 24 episod itu turut menampilkan Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, Emma berkata, dia tidak pernah berasa malu untuk mengakui dirinya 'anak ayah' kerana sangat rapat dan manja dengan bapanya itu.

Emma memberitahu hubungan mereka rapat selepas ibu bapa mereka bercerai ketika usianya masih kecil dan dia tinggal bersama bapanya itu.

"Ayah seorang yang sangat tegas namun jarang sekali dia memarahi saya dan adik-beradik lain kalau ada kesilapan kami lakukan. Dia sentiasa menggunakan nasihat untuk menyedarkan kami.

"Hubungan kami sangat rapat kerana saya tinggal bersamanya sejak kecil selepas ibu bapa bercerai dan banyak perkara tentang kehidupan saya belajar daripadanya terutama seni lukisan," ujarnya kepada mStar Online.

Cerita Emma lagi, sejak kecil dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan akan mengikut ke mana sahaja beliau pergi.

"Kerana restu daripada ayah saya menjejakkan kaki sebagai pelakon dan doa beliau membuatkan saya sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia hiburan ini walaupun masih baru," katanya.

Kejutan untuk Farid Kamil Diana Mengandung Awal

1 comments



Baru-baru ini Diana Danielle telah mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu. Berita ini mengejutkan suaminya iaitu Farid Kamil yang tidak menyangka kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.

“Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.

“Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,” katanya.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.

Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.

“Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.

“Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.

“Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.

“Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,” katanya.

sumber Mstar

Rezeki Fasha Sandha makin bertambah semasa mengandung

1 comments



Kehadiran bayi sulung yang dikandung Pelakon Fasha Sandha sepanjang empat bulan setengah memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.
Anak Di Kandungan Beri Tuah Buat Fasha Sandha.
Walaupun Fasha Sandha sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.

"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tuah ini juga turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.

Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.

"Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya.

Sumber Mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net