Powered by Jasper Roberts - Blog

Komitmen Penentu Kejayaan Hidup



Mencari peluang untuk jadi yang lebih baik, itulah fokus koz ketika ini di mana sebelum ini sudah banyak berbakti pada orang lain seperti mana yang di hadapi oleh semua anak bangsaku sendiri iaitu berkerja mencari rezeki di dalam laman bisnes orang lain.

Kini koz akan fokus untuk berkhidmat dalam bisnes sendiri pula, peluang ini akan hadir jika kita mencari, kalau di tangguh ia pasti tidak akan menjadi. Jadi haruslah cepat dan pantas membuat tindakkan jika ingin mencapai kejayaan di masa akan datang. Umur tidak akan berpatah balik malah ia akan sentiasa meningkat dari saat, jam, hari dan tahun.

Inilah penentu masa depan koz, koz haruslah komitmen untuk menghadapi cabaran ini. Walaupun sukar, tetapi ia juga salah satu pembelajaran dalam mengenal erti penat dan susah bak kata pepatah, "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian".
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net