Powered by Jasper Roberts - Blog

Kes Tembak Mati di Nibong Tebal

3 comments

Kes Tembak Mati di Nibong Tebal


Kes Tembak Mati di Nibong Tebal - Selepas cubaan pertama membunuhnya lima bulan lalu gagal, seorang lelaki berusia 29 tahun akhirnya maut akibat ditembak ketika berjalan seorang diri di Taman Puteri Gunong, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, M Parttippan mati selepas terkena tembakan pada bahagian rusuk yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki.

Sejurus menghampiri mangsa, suspek melepaskan enam das tembakan dan satu daripadanya mengenai rusuk lelaki itu. Mangsa yang parah dan mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dalam kejadian 20 Jun lalu, mangsa cedera selepas ditembak seorang lelaki kira-kira 200 meter dari tempat kejadian malam kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang terselamat dalam kejadian itu walaupun peluru menembusi badannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, bertindak atas maklumat, dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan, awal pagi semalam.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian di Tasek Mutiara, malah polis menemui kereta Perodua Myvi hitam terbakar yang dipercayai digunakan suspek ketika menembak mangsa lima kilometer dari tempat kejadian. Menurutnya, siasatan mendapati kereta berkenaan dicuri di Seberang Jaya, Seberang Prai Tengah pada 2 Disember lalu. 

sumber: myMetro

Contest SEO Eridy

11 comments

Contest SEO Eridy


Contest SEO Eridy - Salam semua, setelah sekian lama akhirnya kozumi mengambil peluang kembali untuk turut serta dalam contest SEO dari blogger Eridy. Nampak gayanya ramai juga yang telah turut serta di dalam contest ini, jadi kozumi sesaja je ambil peluang untuk memeriahkan lagi contest ini. Manalah tahukan kalau-kalau ada rezeki untuk menang contest pada kali ini, insyallah.

Jadi kepada korang yang sudah join contest ini kozumi ucapkan selamat maju jaya dan kepada yang belum join marilah ramai-ramai join, hadiahnya best juga tu. Untuk tahu lebih lanjut tentang contest SEO ini korang bolehlah terjah di Blogger Eridy

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3

9 comments

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3, Google Page Rank Update


Google Page Rank Update - Salam semua, beberapa hari lepas Google telah mengudpate Pagerank mereka dan syukur Alhamdulillah Pagerank Blog ini masih lagi kekal PR3. Pagerank ini kalau korang nak tahu adalah kayu ukur atau kepercayaan google pada kualiti sesebuah blog. Jadi kepada blog yang memiliki PR yang tinggi akan mendapat tempat atau mendapat posisi yang baik di dalam search engine carian berbanding blog PR rendah.

Jadi untuk mendapat PR yang tinggi korang haruslah berdisiplin untuk mengupdate artikel di blog korang. Jangan main update sahaja, korang haruslah mengutamakan artikel yang korang kongsikan itu adakah ia merupakan artikel yang menjadi kebiasaan orang untuk mencari di engine carian. Sebarkan artikel yang sentiasa di cari orang itulah kunci sesebuah blog itu untuk mencapai tahap PR yang lebih baik dan sekali gus kunci kepada korang mendapat trafik yang semakin lama semakin meningkat dari hari ke hari.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net