Powered by Jasper Roberts - Blog

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3

9 comments

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3, Google Page Rank Update


Google Page Rank Update - Salam semua, beberapa hari lepas Google telah mengudpate Pagerank mereka dan syukur Alhamdulillah Pagerank Blog ini masih lagi kekal PR3. Pagerank ini kalau korang nak tahu adalah kayu ukur atau kepercayaan google pada kualiti sesebuah blog. Jadi kepada blog yang memiliki PR yang tinggi akan mendapat tempat atau mendapat posisi yang baik di dalam search engine carian berbanding blog PR rendah.

Jadi untuk mendapat PR yang tinggi korang haruslah berdisiplin untuk mengupdate artikel di blog korang. Jangan main update sahaja, korang haruslah mengutamakan artikel yang korang kongsikan itu adakah ia merupakan artikel yang menjadi kebiasaan orang untuk mencari di engine carian. Sebarkan artikel yang sentiasa di cari orang itulah kunci sesebuah blog itu untuk mencapai tahap PR yang lebih baik dan sekali gus kunci kepada korang mendapat trafik yang semakin lama semakin meningkat dari hari ke hari.

Lebuhraya Persekutuan ditutup Isnin dan Selasa

Jom! comments

Lebuhraya Persekutuan ditutup

Lebuhraya Persekutuan ditutup Isnin dan Selasa - Laluan Lebuhraya Persekutuan di KM6.8 hingga KM6.6 Sungai Rasau (arah Klang) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rusuk jambatan projek pembinaan bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7 di Shah Alam.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), hari ini penutupan itu adalah dari 11 malam hingga 5 pagi.

Berikutan itu, satu laluan kontra akan dibuka pada waktu berkenaan di KM6.6 hingga KM6.8 (arah Kuala Lumpur) pada Isnin dan Selasa.

Para pengguna dinasihat mematuhi semua papan tanda serta arahan dikeluarkan oleh PKNS. - Bernama

Wanita ditemui mati lemas

3 comments

Wanita ditemui mati lemas, Wanita dilaporkan hilang ditemui mati lemas

Wanita ditemui mati lemas - Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jubakar Darat, Simpangan, Tumpat ditemui mati lemas dan terdampar di Pantai Sri Tujuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, mayat wanita berusia 38 tahun itu ditemui terdampar oleh pemancing di  pantai tersebut pada 6.30 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan perkelahan di pantai itu.

"Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 4 Disember lepas dan pada hari sama, ada laporan daripada orang awam mengenai penemuan kereta yang digunakan oleh mangsa di kawasan sekitar.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan mendapati mangsa mati akibat lemas," katanya, di sini, hari ini.

Katanya, mayat wanita itu telah dituntut oleh ahli keluarganya sejurus selepas  bedah siasat selesai. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net