Powered by Jasper Roberts - Blog

Penternak lembu dirompak

1 comments

Perompak larikan 19 lembu
Perompak larikan 19 lembu

Penternak lembu dirompak - Seorang penternak lembu, Kamarulzaman Budin, 54 kerugian RM60,000 apabila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk ladang ternakannya sebelum melarikan 19 lembu di Kampung Pedas, jam 1 pagi tadi.

Selain haiwan ternakan, keempat empat penyamun itu turut melarikan barang kemas bernilai RM3,000, wang tunai RM750 dan empat telefon bimbit milik penjaga kandang terbabit dikenali sebagai Robe Iskandar yang juga warga Indonesia.

Dalam kejadian itu, Robe bersama isterinya Evi Mansor, 25, sedang tidur di sebuah rumah di ladang itu sebelum didatangi penjenayah yang bertindak mengikatnya serta isteri.

Kawasan Banjir Di Negeri Johor

2 comments

Kawasan Banjir Di Johor

Kawasan Banjir Di Johor - Jumlah mangsa banjir di negeri Johor terkini meningkat kepada 1,608 daripada 1,592, sehingga kira-kira 11 malam tadi.

Nampaknya Johor pun mengalami peningkatan paras air di beberapa buah kawasan. Jadi kepada mangsa-mangsa banjir dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan.

Terkini dikatakan hampir mangsa banjir adalah daripada 420 keluarga membabitkan 24 pusat pemindahan.

Berikut adalah List Kawasan yang mengalami banjir di Negeri johor serta jumlah mangsa banjir:


  • Di Johor Bahru, 65 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. 
  • Di Kulaijaya, 54 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
  • Di Segamat, 543 mangsa daripada 135 keluarga dipindahkan ke 9 pusat pemindahan.
  • Di Kota Tinggi, 97 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan. 
  • Di Batu Pahat, 420 mangsa daripada 119 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan. 
  • Di Pontian, 401 mangsa dari 107 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan. 
  • Di Ledang, 8 mangsa daripada 2 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. 
  • Di Kluang, 20 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. 


Laluan yang ditutup bagi semua kenderaan adalah Kilometer 11, Jalan Kuala Paya ke Balai Badang, Segamat.

Remaja Curi Duit Tabung Masjid Mati Dibelasah

1 comments

Remaja Curi Duit Tabung Masjid, Mati Dibelasah


Remaja Curi Duit Tabung Masjid Mati Dibelasah - Seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang tabung Masjid Al Azim, Pandan Indah, maut dibelasah sekumpulan lelaki ketika cuba melarikan diri, Selasa lalu.

Mangsa yang juga seorang pembantu sebuah kafe siber berusia 20 tahun itu meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Ampang, enam jam selepas insiden berkenaan.

"Apalah nasib orang-orang yang berkenaan yang memukul mangsa ini, kenapalah di pukul sampai mati?Serah sahaja pada pihak polis biar merka yang uruskan"

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net