Powered by Jasper Roberts - Blog

UEG Network - Tempahan Website

5 comments

UEG Network, Website UEG Network, Jual Beli Emas
UEG Network - Tempahan Website - Salam semua, hari ini kozumi hendak kongsikan kepada korang hasil design website yang telah di laksanakan kozumi bagi Website UEG Network.

UEG Network ini  telah ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 2009 untuk membina sebuah rangkaian Pengedar Emas di bawah Gold Awam Pemasaran Sdn Bhd . Semasa penubuhannya lebih 5 tahun dan penglibatan mereka dalam perniagaan Emas mereka telah berjaya menghasilkan lebih daripada 1,000 peniaga emas di seluruh Malaysia.

Kalau hendak tahu lebih lanjut tentang UEG Network ini bolehlah terjah website mereka di SINI. Dan bagi korang yang memerlukan service tempahan pelbagai design bolehlah membuat tempahan di fanpage kozumi iaitu di Service Tempahan Design.

Johor Cuti Pada Hari Jumaat dan Sabtu

6 comments

cuti negeri johor, hujung minggu cuti

Salam semua, hari ini dapat berita tentang pengumuman berkenaan diisytiharkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014. Pengumuman di buat sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi tadi.

Alhamdulillah satu keputusan yang sangat baik di mata rakyat negeri johor kerana ia sangat membantu dan memudahkan bagi kaum adam untuk mengerjakan solat jumaat dengan hati yang tenang bersama anak-anak mereka. 

Software buat Grafik Design

6 comments

Software buat Grafik Design
Salam semua, bila korang lihat sahaja paparan gambar diatas pasti ada yang sudah tahu Software apa yang kozumi gunakan bagi mereka bentuk design. Yang tidak tahu tu cer tanya pada yang dah tahu hahaha kalau bolehlahkan.

reka watak kartun
Okey sebenarkan inilah Software yang kozumi sentiasa gunakan sejak berjinak-jinak dalam aliran grafik ini. Dulu-dulu mana first time belajar guna photosop ini, kozumi tidak tahu pulak kelebihan Software ini sebab dulu-dulu suka sangat melukis watak kartun menggunakan Software ini contoh seperti gambar robot di atas.

Sekali rupa-rupanya sofware ini boleh melakukkan lebih dari jangkaan dengan dapat mereka bentuk, edit gambar dan sebagainya. Biasalahkan, bukannya mudah nak menguasai sesuatu Software ini. Tak bergurulah katakan hihi...bukannya pernah masuk mana-mana kelas pun, semua ini kena belajar sendiri.

Software yang kozumi maksudkan adalah Adobe Photoshop, memang best guna Software ini, kalau tidak percaya cubalah.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net