Powered by Jasper Roberts - Blog

Alamak, Ada Uban Lah.. !

5 comments




Disaat kita mengeluh bila uban mula tumbuh di kepala, kita lupa ea bahawa Rasulullah dulu pun ada uban jugak? Kenapa perlu dye kan rambut dengan pelbagai produk yang diragui halalnya? Ish, tak ke nanti ditakuti air wuduk tidak sampai ke kulit kepala? Tapi kan, uban kan salah satu sebab untuk kita ingat akan mati, betul tak?

So, aku nak sharekan beberapa hadis berkenaan dengan uban di rambut Rasulullah. 

Anas bin Mas'ud r.a meriwayatkan :

Aku bertanya kepada Anas bin Malik, "Apakah Rasulullah S.A.W mewarnai rambutnya?". Dia menjawab,"Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukannya, meskipun pada kedua pelipisnya terdapat uban. Tetapi, Abu Bakar pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katm." 
(Riwayat at-Tirmizi, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawudm, Nasa'i dan Ahmad)

Eh, tengok tu. Walaupun kita nak buat alasan Abu Bakar pun kalerkan rambut, tengoklah balik, Abu Bakar kan kaler kan rambutnya dengan inai. Orang-orang sekarang ni? Bukan setakat inai, dye rambut kaler burung kakak tua pun ade taw. Hm, perlu diingatkan, walaupun produk tu cakap itu pewarna inai, pastikan ianya halal taw. Kalau tak, sia-sia jek nanti wuduk tak sampai kulit kepala, solat pun jadi tak sah.

Daripada hadis lain pulak, Ibnu Umar meriwayatkan :


"Uban Rasulullah S.A.W lebih kurang 20 helai."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)


E'eh, sikitnya? Oleh kerana sikit uban baginda, bila baginda pakai minyak rambut, uban pun tak nampak. Mestilah nampak lagi hensem baginda Rasulullah kesayangan kita tu kan? =)

Jabir bin Samurah meriwayatkan :

"Jika Rasulullah S.A.W memakai minyak rambut, uban beliau tidak terlihat. Tapi, ketika Rasulullah S.A.W tidak memakai minyak rambut, nampaklah uban Rasulullah."
(Riwayat at-Tirmizi, Muslim, Nasa'i dan Ahmad)

Hadis lain yang menyatakan apa yang menyebabkan rambut Rasulullah beruban ialah riwayat Ibnu Abbas iaitu : 




Abu Bakar berkata kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah, kamu telah beruban." Maka Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba' dan At-Takwir."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Sa'd dan Hakim)


Okay, itu je lah perkongsian setakat ni.
Selamat mengingati dan berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Rasulullah S.A.W  ! =)


Sepatah kata Iman Hayfa :

Andai kata Rasulullah masih ada, nak je aku tengok uban di rambutnya =') ... (Assalamualaika Ya Rasulullah)




credit to Majalah Gen-Q


Pantai Tanpa Laut dan Terkecil di dunia

19 comments


Salam semua, tahukan anda di Sepanyol terdapat pantai yang tiada Laut. Agak pelik bukan apabila mendengarnya.Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Tetapi di Sepanyol terdapat pantai yang benama The Gulpiyuri Beach yang tidak memiliki laut yang luas.

Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.










sumber: CVK

Design Facebook Covers yang cantik

2 comments

Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,

Salam semua, hari ini koz nak pamirkan hasil design Facebook Covers tempahan rakan-rakan facebook Service Tempahan Design.

Tahu tak korang, jika kita hendak menjalankan sesuatu perniagaan, penyediaan papan iklan kedai amatlah penting untuk menyampaikan kepada pelanggan apa yang kita sedang jual dan diniagakan.

Pandangan pertama itu amatlah penting bagi menarik pelanggan mengunjungi ke kedai anda. Benda ini sama jugalah dengan paparan Facebook Covers di fanpage facebook perniagaan anda. Ingat! 1st impression tu penting.


Wanita Yang Cantik , Lelaki Suka Pandang ,
Timeline dah Cantik , Pembeli ramai yang Datang
Jadi jom tempah di SINI


Jadi di sini koz akan pamirkan hasil design Facebook Cover yang telah koz hasilkan.

Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,


Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net