Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Nora Danish ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain

3 comments


Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Anuar mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.

Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012 - Live Streaming

1 comments


Malam ini perlawanan persahabatan antara Malaysia lawan Bangladesh akan berlangsung sebelum turun menentang pasukan Singapura 25 November ini pada perlawanan pertama dalam AFF 2012.

 Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Bangladesh akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berlangsung pada jam 8.45 malam dan live di Astro Arena 801.

 Live Streaming Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012
LINK 2 (Lihat Sini)
Keputusan Harimau Malaya 0-0 Bangladesh)

Gambar Aida AF Kemalangan

4 comments


Info terlaris menerima kejutan hari ini berkenaan Aida bekas pelajar Akademi Fantasia yang mengalami kecederaan teruk selepas kemalangan di Lebuhraya Duke. Terkini Aida Af sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

 Kemalangan terjadi semasa Aida dalam perjalanan pulang dari menjalani penggambaran ke rumahnya dengan memandu kereta Mazdanya seorang diri. Secara tidak sedar dia tertidur dan kereta yang dipandunya berousing tiga kali lalu melanggar sebatang pokok ditepi jalan. 

 Lebih mengejutkan dalam kemalangan tersebut, barangan peribadi Aida AF seperti duit, telefon bimbit model Samsung Tab turut dicuri.






Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net