Powered by Jasper Roberts - Blog

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kereta bapa

Jom! comments


ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 bulan maut selepas dilanggar oleh bapanya yang sedang meletakkan kereta di hadapan rumah mereka di Felda Lubok Merbau, Padang Terap, kira-kira 6.50 petang semalam.
   kanak-kanak mati di langgar bapa, Bapa langgar anak, maut langgar anak sendiri
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kanak-kanak itu, Auni Elia Aifa Mohd Uzair meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Lubok Merbau akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
   
Katanya kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak itu, Mohd Uzair Zul, 35, hendak meletakkan kereta di hadapan rumah selepas mengisi minyak di stesen minyak milik keluarga itu yang terletak berhampiran kediaman mereka.
   
"Berdasarkan laporan yang dibuat bapa mangsa...dia hanya menyedari keretanya terlanggar sesuatu apabila tayar belakang terasa seperti terseret benda...bapa mangsa langsung tidak menyedari anaknya berada di situ ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
   
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lubok Merbau kira-kira pukul 3 pagi ini. - Bernama

Selangor tewaskan Singapore 3-1

1 comments



THE Red Giants  berjaya mengakhiri penantian tiga  tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11  apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga  tahun berturut-turut Singapura memenanginya.

Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi  hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti   terhukum apabila  pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.


Senarai barisan pemain Selangor:

Veenod
Ramez Dayoud
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Safee Sali
Safiq Rahim
Bosko Balaban
Helmi Loussaief
Mohd Bunyamin Umar
Gunalan A/L Padathan
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (PG)

Senarai barisan pemain Singapura:

Ito Takuma (PG)
Kawakami Norhiro
Syed Mohd Fadhli Syed Naser Al-Yahya
Muhammad Jufri Taha
Kwok Wing Hong Fabian
Muhammad Hafiz Abu Sajad
Aleksandar Duric
Stefan Milojevic
Shah Hirul Mohd Yusof
Ismadi Muhammad Muhktar
Mohammed Jamil Mohammed Ali

Rusdi Ramli Gembira Dapat Anak Lelaki. Inginkan Anak Perempuan.

5 comments


Rusdi Ramli dapat Anak Lelaki Kalau ada rezeki inginkan anak perempuan.
Pelakon Rusdi Ramli pastinya amat gembira kerana isterinya sudah pun selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Selasa lalu. Dengan kelahiran bayi lelaki ini bermakna Rusdi kini sudah punyai tiga orang anak lelaki.

Merujuk pada akhbar online mStar, Rusdi berkata dia pernah berharap dikurniakan anak perempuan sebelum ini kerana sudah mempunyai dua anak lelaki namun tidak kesampaian apabila anak ke-tiganya juga lelaki.

“Pada awalnya memang saya berharap dikurniakan anak perempuan kerana saya sudah ada dua anak lelaki. Namun, selepas melihat keputusan proses imbasan, saya dan Sharon mengetahui bahawa kami akan dapat anak lelaki lagi

“Saya gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini walaupun belum ada rezeki untuk kami menimang anak perempuan,”

Selain itu, bercerita mengenai kelahiran itu, Rusdi berkata, dia bercadang untuk mengekalkan huruf R pada pangkal nama bayi itu seperti dua anaknya yang lain.

“Saya bercadang untuk berikan namanya Ryan Redza. Daripada awal lagi saya sudah rancang untuk kekalkan huruf R pada pangkal nama anak-anak seperti dua abangnya.

“Nama itu belum didaftarkan lagi kerana masih banyak perkara yang perlu diuruskan.

“Saya agak letih dan kurang tidur sejak anak dilahirkan, maklumlah sudah tiga tahun saya tidak ada anak kecil,”

Tahniah buat Rusdi Ramli dan isteri diatas kelahiran anggota baru dalam keluarga mereka. Semoga anak tersebut membesar menjadi insan berguna kelak.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net