Powered by Jasper Roberts - Blog

Siti sarah hamil anak kedua

3 comments



Pelawak dan juga ahli kumpulan Sepahtu, Shuib akui teruja selepas isterinya, Siti Sarah Raisuddin disahkan hamil kali kedua oleh doktor pada tiga yang hari lalu.

Malah, Shuib memberitahu dia tidak menyangka isterinya hamil dengan jangkawaktu yang cepat selepas melahirkan anak pertamanya, Uwais Alqarn yang kini baru bersuia 9 bulan.

"Alhamdulilah, sebelum kami berjumpa doktor dua hari lalu, Sarah sudah pun mengesan kehamilannya dengan menggunakan alat uji kehamianl di rumah.

"Doktor yang melakukan imbasan kepada perut Sarah memberitahu usia kandungannya masih awal iaitu dalam 2 hingga 3 minggu dan yang kelihatan buat masa ini hanyalah segumpal darah lagi.

"Kami sangat teruja dengan berita ini, walaupun pada awalnya kami merancang untuk dapat anak lagi selepas Uwais besar sedikit dan boleh sedikit berdikari, namun kami terim pemerian ini dan menganggap ia sebagai rezeki Tuhan," kata Shuib ketika dihubungi oleh murai.com.my

Tambah Shuib lagi, keinginan untuk menimang cahaya mata kali kedua membuak-buak setelah dia sendiri terlalu rindu untuk bermain bersama bayi kecil.

"Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama.

"Jadi kami gembira dengan berita ini dan menganggap ianya sebagai hadiah harijadi kami yang cukup bermakna yang mana kebetulan tarikh lahir kami masing-masing jatuh pada bulan September iaitu saya pada 12 September dan Sarah pada 15 September ," jelasnya lagi.

Shuib dan Sarah mendirikan rumahtangga pada 26 Februari tahun lalu.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru Shuib, dia bakal muncul dalam drama Sepahtu Angan Tak Sudah tidak lama lagi serta bakal muncul dalam filem Sepah The Movie bersama Jep, Mamat Sepah dan Anzalna Nasir yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 November ini.

sumber

Mari turut serta dalam NuffnangX

Jom! comments



Jika anda ingin tahu, 50% daripada pengguna Facebook dan Twitter hari ini aktif menggunakan rangkaian sosial mereka pada telefon bimbit mereka. Berbanding dengan hanya 1% daripada pembaca blog Asia datang dari telefon bimbit. Pada kali ini NuffnangX mahu membantu anda berubah dan membuat blog anda sebagai kuat pada ruang mudah alih kerana ia adalah pada desktop.

NuffnangX akan menghadiahkan USD50, 000 ** jauh untuk menyokong blogger yang ingin membina pembaca mudah alih mereka.

Jadi, jika wang adalah sebab bagi permasalahan blog anda, jangan bimbang! Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu dengan wang-pek beg anda dan pusingan perjalanan dunia. Beli DSLR yang anda telah bermimpi tentang. Sky menyelam atau mendaki Gunung Kilimanjaro. Apa sahaja yang anda mahu, kami akan memberikan anda wang tunai untuk melakukannya.

Untuk capai semua ini anda hanya perlu lakukan dengan hanya menunjukkan kepada kami bagaimana kuatnya anda boleh berada di telefon bimbit. Perhimpunan pembaca blog anda untuk mengikuti blog anda pada NuffnangX dan anda akan diberikan wang tunai bukan hanya untuk menjadi hebat, tetapi untuk menjadi antara blogger yang paling berpengaruh pada telefon bimbit!

Lawati thesearch.nuffnangx.com untuk mengetahui lebih lanjut.


Seperi koz, koz dah join NuffnangX.korang bila lagi? Dikatakan sesiapa yang memiliki follower terbanyak dapat menang USD10k tuu...Jom follow koz di SINI

Hot! Remy Ishak dan Tiz Zaqyah putus cinta

1 comments



Akhirnya soal jawap tentang hubungan cinta antara Remy Ishak dan Tiz Zaqyah terjawab apabila Remy Ishak sudah mengaku putus cinta bersama Tiz Zaqyah selama tiga bulan.

Lama menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan umum, kata Remy, dia tidak berniat untuk menipu atau mempermain-mainkan harapan peminat.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.

"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.

Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."

Dua kali putus cinta bersama wanita berstatus selebriti, kali pertama bersama pelakon Ummi Nazeera dan kini Tiz, Remy ditanya tentang kesukaran mempertahankan cinta sesama artis yang berlaku ke atas dirinya.

"Kalau ada persefahaman yang kuat, rasanya tidaklah sukar sangat," jelas Remy yang pernah juga digosipkan bercinta dengan Maya Karin selepas berganding dalam teater Natrah dan filem Cun!

Ditebak lagi tentang punca perpisahan sesebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga, Remy menafikan andaian itu.

"Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen," katanya mahu fokus kepada karier namun tidak serik jika ditakdirkan jatuh cinta lagi.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net