Powered by Jasper Roberts - Blog

Keputusan Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

4 comments

Alhamdulillah, Akhirnya harimau muda dapat menewaskan sang garuda dalam pertembungan malam semalam dengan kesudahan Malaysia Menang 1 berbalas 0. Jaringan Malaysia di laksanakan dengan bergaya oleh pemain muda kita iaitu Azwari Ibrahim.

Goal minit awal itu kekal sehingga ke akhir perlawanan sekali gus dapat memintas Indonesia selaku juara kumpulan A. Dengan kemenangan ini telah membawa malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan A. Pada separuh akhir Malaysia akan berdepan dengan  Myammar.


Di bawah adalah video detik jaringan Syahrul Azwari Ibrahim






Moga skuad Harimau Muda dapat mengekalkan kemenangan untuk ke perlawanan Akhir nanti...



Slot Akasia TV3 Sinopsis Tentang Dhia

6 comments


Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermulanya kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak?

Drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.

Sea Games 2011 Indonesia vs Malaysia

4 comments


Malam ini kita lagi sekali akan menyaksikan pertembungan Harimau muda menentang Sang Garuda (Malaysia vs Indonesia) dalam perlawanan acara bola sepak sukan SEA 2011. Pertembungan ini akan bersiaran langsung di RTM dan Astro Arena pada jam 8.00 malam ini. Adakah Harimau Muda dapat mengulangi kejuaraan emas pada dua tahun lepas. Sesama kita doakan akan kejayaan berpihak pada mereka.

Seperti sedia maklum,Harimau Muda Malaysia hanya perlu seri dalam perlawanan menentang Indonesia malam ini untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya.Sasaran memburu tempat ke separuh akhir kini terletak di tangan mereka sendiri.Para pemain harus sentiasa fokus pada perlawanan dengan Indonesia malam ini jika ingin mendapat kemenangan.

Moga Harimau Muda dapat menjinakkan Sang Garuda pada malam ini, sesamalah kita doakan...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net