Powered by Jasper Roberts - Blog

Jiran Yang Tidak Ada Adab

14 comments


Salam semua, hari ini koz agak stress dengan masalah yang di hadapi keluarga dalam masa seminggu ini. Masalah yang di maksudkan adalah berkenaan jiran sebelah rumah yang tiada adab dan biadap sesama jiran.

Kisahnya memang sudah lama keluarga koz tidak berapa rapat dengan jiran di sebelah yang tak mesra sejak berpindah si sini 3 tahun lepas.Tambahan pula dengan sikap sombong, suka jaga tepi kain orang dan suka mengumpat.

Pada bulan 2 lepas, ayah koz nak mengubahsuai bahagian halaman rumah dan entah bagaimana boleh pula kontraktor itu adalah ayah kepada jiran sebelah rumah. Jadi takdelah kisah sangat.

Pengubahsuaian dilakukan selama sebulan dan bayaran diberikan seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Dan bayaran akhir sahaja belum dijelaskan sebanyak rm500 akibat atas sebab kami tidak berpuas hati dengan hasil yang dilaksanakan dalam pengubahsuaian. 

Pengubahsuaian yang dimaksudkan adalah membuat kolam ikan dan memasang pintu pagar baru. Hasil yang kami perolehi adalah kolam ikan yang bocor, air pancut yang terlalu deras yang mengakibatkan lantai ruang halaman basah atas sebab percikkan air dan pintu pagar yang bergoyang pabila ditiup angin dan tidak stabil.

Dalam minggu ini, adik kepada jiran sebelah, iaitu anak kepada ayah jiran sebelah yang mengambil kerja pengubahsuaian datang menuntut bayaran RM500 itu, tetapi kami sudah kabarkan kepada ayahnya supaya kerja membaiki dilakukan keatas kerosakkan pada kolam dan pintu pagar.

Tetapi ia tidak di endahkan dan adik jiran sebelah telah mengugut akan memotong pagar rumah jika bayaran akhir tidak dilaksanakan dan telah dia juga membuat bising di halamn rumah. Tambahan pula keadaan menjadi tegang apabila jiran sebelah telah masuk campur dalam perkara ini.

Kalau ikutkan memang nak je sumbat mereka dalam kolam tu , tapi peringkat kesabaran masih lagi dapat di kawal. Dan malam tadi koz telah pergi ke balai untuk membuat report sebagai langkah keselamatan.

Kalau esok mereka datang lagi memang tiada kesabaran yang dapat menghalang lagi, memang makan tangan lah jawapnya.........


Review Budak Nakal Blogspot

15 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini nak Review sikit tentang Blog kesayangan koz ini iaitu Budak Nakal Blogspot." Blog Jejaka Paling Nakal " inilah tagline yang telah digunakan blog ini yang dimana sebelum ini menggunakan tagline " Saya Tak Comel, Tapi Nakal ".Pengubah suaian tagline ini ada sebabnya kerana pemilik blog Budak Nakal Blogspot kini sudah mula mencorak langkah yang positif bagi meningkatkan lagi mutu blog ini.

Dengan umur blog yang sudah mencecah 3 tahun pada Fabruary lalu, kini blog ini semakin meningkat dari segi rupa bentuknya, isiannya, dan perkongsiannya.

Budak Nakal Blogspot merupakan salah sebuah blog yang mementingkan kekemasan dari segi designnya dan juga susun atur widgetnya. Berkongsepkan blog santai dan bebas dalam segi perkongsian artikel, ini telah memberi peluang kepada semua pengunjungnya untuk mendapat segala maklumat dari segi gosip artis, isu semasa, tempahan design, tutorial blog, tips seo dan sebagainya.



Kini pencapaian Blog Budak nakal dalam bentuk trafik kini sudah memiliki tidak kurang 20,000 Pageview setiap hari dan keseluruhannya hampir mencecah 4.5 Juta Pageview. Memang amat berkesan setelah sekian lama mempelajari Tip-tip SEO dari blogger-blogger yang lain yang sudi kongsikan ilmu yang mereka miliki.

Rangking Blog Budak nakal ini juga semakin mendapat kedudukan terbaik di mana Alexa Rank kini dalam kedudukan 200,000 terbaik dan Pageranknya yang dalam kedudukan PR3-. Sekarang sedang target untuk tempatkan blog ini bawah 1,000 Alexa Rank dan PR4 - PR6insyallah.


Sekarang ini koz juga telah mencapai ke tahap Blogger Fulltime di mana minat koz sebagai Designer telah koz jadikan sebagai modal untuk membina income yang kini telah mencecah 4 angka Alhamdulillah.

Moga ulasan yang koz berikan ini dapat memberi info yang berguna kepada pengunjung-pengunjung setia Budak Nakal Blogspot dan doakan kerjaya sebagai Blogger Fulltime kozumi untuk mendapat income yang lebih baik dari sekarang. Amin....

Jadi Top Comments Budak Nakal Blogspot Dapat RM50

51 comments

Salam semua, hari ini koz ada berita terbaik untuk korang semua di mana koz telahpun membuat keputusan untuk mencari TOP Comments untuk Budak Nakal Blogspot setiap bulan.

Setiap Top Comments akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM50. Okey bukan....Jadi apa tunggu lagi, jom rebut peluang ini untuk memenangi hadiah wang tunai ini.

Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama setiap bulan dan peluang ini terbuka kepada semua blogger, insyallah...


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net