Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Kalau bukan dengan kekasih halal pun, paling tidak dengan sahabat sendiri. Oooopss ! Berkasih sayang antara sahabat sejantina bukan bermakna korang ni gay atau lesbian taw. Malah, kalau kita berkasih sayang antara sahabat kerana Allah, kita dapat naungan Allah di padang mahsyar lagi tu taw. MasyaAllah. Best kan?
Jadi, untuk mendapatkan seorang sahabat sejati yang diredhai Allah, kita sendiri perlulah perbaiki diri kita agar dapat menjadi seorang sahabat sejati bagi insan lain.
Menurut Imam Al-Ghazali, sahabat sejati mempunyai 12 sifat. Apa dia? Jom buat checklist. =D
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Semoga dengan guideline yang telah diberi ni, kita akan dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat yang mempunyai sifat-sifat tersebut. InsyaAllah.♥
"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
-Riwayat al-Bukhari
Sepatah kata Iman Hayfa :
Cuba check balik, ada tak ciri-ciri ni kat sahabat kita masing-masing? Kalau belum ada, bukan bermakna dia tidak bagus, cuma mungkin kita belum nampak atau temui sifat tersebut dalam dirinya. Oh ya. Jangan lupa untuk doakan kesejahteraan sahabat-sahabat korang sentiasa taw ! ^__^