Powered by Jasper Roberts - Blog

Ciri-Ciri Blog Popular

8 comments

Ciri-ciri blog Popular

Kalau korang semua nak tahu, untuk menjadi blog popular perlukan banyak masa dan cabaran. Korang haruslah mendalami semua ilmu-ilmu yang wajib diketahui sebagai seorang blogger terutama penggunaan SEO di dalam sebuah blog.

Seperti blog Budak Nakal ini nak dikatakan popular sangat-sangatlah jauh rasanya, tak sehebat blog Kak Yanmie, Denaihati dan Eyriqazz yang memiliki mutu blog yang terbaik. Jom tengok apakah ciri-ciri blog Popular:

Antara ciri-ciri blog popular ialah : 

1)Memiliki ramai Pengunjung dalam sesuatu masa.
2)Memiliki bilangan komen yang banyak dalam sesuatu entry seperti 50 komen pada satu entry.
3)Nama Blognya selalu disebut-sebut oleh blogger-blogger lain.
4)Memiliki periklanan yang mencurah-curah seperti Earning nuffnang.
5)Income berblog yang diperolehi sebanyak 4 angka.
6)Muka blog masuk ke dalam majalah atau surat khabar.
7)Follower fanpage yang super banyak, lebih dari 100k Like.

Kalaulah blog koz mempunyai ciri-ciri diatas pasti menggembirakan hati ini haha, insyallah akan datang..^^


" Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , azri.my  ,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.comsyaisya.com percutianku.com ,
Sjiehan.com StudioAksara eyriqazz.com



blog popular 2012, list blog popular 2012, blogger paling popular, blog terkenal, blog popular 2013, pemenang blog popular


Izreen Azminda ada masalah kesihatan

1 comments


Pelakon Izreen Azminda berkata tindakannya menjauhkan diri daripada khalayak selain kurang mendapat publisiti sejak mendirikan rumah tangga bukan disebabkan masalah disiplin seperti diperkatakan.

Sebaliknya, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 27, berkata, dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat selain mengalami masalah kesihatan selepas berkahwin dengan jurukamera Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos lalu.

"Saya memang sibuk dengan penggambaran sebaik sahaja melangsungkan perkahwinan hampir dua bulan lalu.

"Saya tahu dakwaan kononnya saya mempunyai masalah disiplin timbul apabila saya tidak dapat menghadiri majlis pelancaran sebuah drama baru-baru ini.

"Perkara itu tidak disengajakan kerana saya jatuh sakit pada hari tersebut," ujarnya ketika ditemui pada program Jelajah ASK 2012 di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Pasangan itu bernikah di kampung halaman Izreen di Alor Setar, Kedah.

Izreen berkata, keadaan kesihatan yang tidak menentu kerana masalah tekanan darah rendah yang dialaminya menyebabkan dia dituduh sedemikian.

"Sebenarnya saya memang mempunyai masalah tekanan darah rendah sejak dulu lagi tetapi keadaan bertambah buruk apabila saya terbabit dalam penggambaran tanpa henti sejak lepas kahwin.

"Bayangkan, saya menghabiskan masa dan berbulan madu dengan suami pun melalui projek drama yang kami sama-sama terlibat.

"Mungkin sebab itu ada pihak salah anggap dan membuat andaian saya sengaja menjauhkan diri sedangkan saya sibuk sehingga hari ini," katanya.

Ditanya mengenai pengalaman berumah tangga, Izreen berkata, status isteri membawa perubahan besar kepada kehidupannya.

"Banyak perubahan besar saya alami dalam perkahwinan ini. Ia mengajar saya mengenai soal tanggungjawab dan penampilan diri.

"Sebelum ini saya seorang yang kasar dan lasak tetapi perkahwinan ini mengubah saya menjadi semakin feminin dan lembut," katanya yang masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil.

Terbaru, Izreen masih lagi terikat dengan penggambaran drama bersiri Julia yang kini ditayangkan di TV3.

Selepas ini, dia bakal memasuki set penggambaran drama 30 episod berjudul Sehangat Asmara pula.

sumber Mstar

AES: 'Jangan aniaya pengguna'

2 comments



Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bakal dilaksanakan di kebanyakan jalan raya di negara ini mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai, asalkan ia dilakukan dengan cara betul dan  bertujuan mendidik pengguna jalan raya.

Orang ramai serta sebahagian pemimpin mengharapkan pelaksanaan AES ini bukanlah untuk menghukum pemandu berkenaan, tetapi hasilnya lebih baik dengan dapat melahirkan pemandu berhemah di jalan raya.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, pemasangan sistem berkenaan memerlukan kajian yang teliti dan bukannya dipasang untuk mencari serta menghukum pengguna jalan raya sahaja.

Katanya, petunjuk bagi sistem berkenaan perlulah jelas dan bukannya dipasang dengan cara yang mengelirukan pengguna jalan raya seperti tiada papan tanda atau papan tanda yang sedikit.

“Saya sering kali membahaskan perkara ini dalam Parlimen, supaya perlaksanaannya dilakukan di tempat bersesuaian, tidak menganiaya pengguna serta bukan untuk keuntungan semata-mata.

“Pemasangan berkenaan perlu dilakukan jalan yang menjadi tumpuan dan banyak kenderaan seperti lebuh raya serta jalan persekutuan.

“Bagi saya pemasangan di jalan negeri yang kurang penggunanya, yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk kampung adalah tidak sesuai. Saya juga harapkan papan tanda AES ini perlu ada sekurang-kurangnya tiga amaran sebelum sesuatu kamera itu dipasangkan sebagaimana yang dipraktikkan di beberapa negara luar,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Hafsa Mohammad Nor, 25, berkata dia bersetuju dengan adanya sistem AES ini, asalkan tidak menyusahkan orang ramai dengan memasangnya dengan sesuka hati serta memikirkan keuntungan semata-mata.

Pelajar Sarjana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini berkata, pemasangan AES ini akan membuatkan orang ramai lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang mempunyai risiko kemalangan atau melebihi had laju.

“Kamera AES ini hanya perlu dipasang di tempat yang sesuai seperti lokasi yang kerap berlaku kemalangan dan juga jalan yang berpotensi untuk pengguna memandu dengan had laju yang berlebihan,” katanya.

Sementara itu, sepanjang pemerhatian wartawan Sinar Harian di tiga lokasi iaitu Kilometer 84 Lebuhraya Yong Peng – Ayer Hitam arah selatan, sememangnya perlu diletakkan sistem AES dengan had laju 110 km/j.

Ini kerana, jalan berkenaan agak berbahaya untuk pengguna melebihi had laju, selain kerap kali berlaku kemalangan terutamanya di waktu hujan dan selepas hujan yang mengakibatkan jalan licin.

Begitu juga dengan Kilometer 10 Jalan Kluang – Ayer Hitam, dengan jalan yang agak lurus tetapi agak sibuk, ia kurang sesuai untuk dipandu dengan had laju yang berlebihan.

Tetapi bagi kilometer 15 Jalan Simpang Lima – Parit Sulong, ia kurang sesuai untuk dipasang dengan AES, kerana jalan berkenaan kurang sibuk dan tidak mempunyai risiko berlakunya kemalangan.

sumber sinar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net