Powered by Jasper Roberts - Blog

Koleksi Pepatah Zaman Terkini

9 comments


Hai all...Hari ini koz nak kongsikan dengan korang beberapa pepatah yang telah di ubah mengikut peredaran masa. Koz pun tidak pasti kenapa ia diubahkan, jadi jom layan okey.

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..



 Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap komen okey hihihi...

Khairul Fahmi Che Mat Berjiwa Besar

18 comments





KOTA BHARU – Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex ternyata berjiwa besar.

Beliau sanggup meninggalkan skuad kebangsaan lebih awal biarpun berada dipuncak kerjaya sekiranya soal peribadinya menjejaskan pasukan negara.

“Saya nak bersara awal sebab terfikir masalah peribadi dicampurkan dalam karier.

“Saya tidak gemar dalam keadaan itu sebab saya fokus untuk mengharumkan nama negara, bila masalah peribadi ganggu pasukan, saya tidak mahu perkara ini ganggu pasukan negara,” katanya pada satu program di TV1 di sini malam tadi.

Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.

Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.

Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.

Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.

Beliau juga baru kehilangan adik kesayangan. Mohd Izat, 16 pada pagi kelmarin kerana demam panas.

Sementara itu, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Ong Kim Swee dalam rancangan yang sama turut mempertahankan Apex dan barisan pemain kebangsaan.

Kata Kim Swee :

“Yang timbulkan isu-isu ini bukan penulis sukan, ini penulis yang ingin lariskan akhbar dan diri masing-masing.

“Pemain-pemain ini berkhidmat kepada negara, setiap pemain tidak boleh lari dari silap tetapi apakah apakah berbaloi dengan khidmat yang diberikan kepada negara,” katanya.

Bagaimanpun lebih baik Apex kurangkan kontroversi barulah itu jiwa besar yang sebenar dan menjadi ikon ikutan golongan muda.

info: http://kelate.net

Macaron Yanmieonline Sedap dan Lazat

8 comments

macaron

Koz nak Macaron...Haha koz tak pernah rasa lagi macaron ini , orang yang pernah merasa katanya sedap. Biala dengar macam itu, tu yang koz join contest kak yanmie ni.

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

Harap-harap terpilih untuk memennginya. Maklumat lanjut seperti di bawah :


Cara Penyertaan
1. Buat satu entry, tajuk entry adalah bebas dan hanya copy paste ayat dibawah ini :-
“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”
2. Like Entry Ini
3. Retweet Entry Ini sekiranya anda mempunyai akaun Twitter
4. klik G+ untuk entry ini sekiranya anda mempunyai akaun gmail
5. Tinggalkan Link penyertaan diruangan komen ini.
6. takde apa dah, itu je heeee
Hadiah
macaron
- Macaron 1box untuk 5 orang pemenang. Macaron ini adalah macaron yang paling sedap pernah saya makan, lebih sedap dari yang saya beli kat KLCC (Nak mention kedai tapi ada pulak kang yang sentap hemmm) iaitu Macaron hasil tangan dari Cikmin.com memang terbaik.
Cara Pemilihan Pemenang Bertuah
- Pemenang akan dipilih melalui random.org so sesiapa pun boleh menang, sekiranya penyertaan banyak, bilangan hadiah mungkin akan ditambah lagi. tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

.

************

Update Contest Tambahan

.
Berita baik untuk sesiapa yang join contest diatas,  anda sekarang boleh juga dapat peluang untuk memenangi wang tunai/topup. Caranya mudah sahaja, tolong kawan blogger yanmieonline iaitu zulseffort.net untuk mendapatkan gadget impiannya, caranya mudah sahaja, follow bawah ni.
Untuk menyertai contest ini sangat mudah..
[1] Join contest macaron yanmieonline  - 2 peluang cabutan bertuah
[2] Join contest Zulseffort – 3 peluang cabutan bertuah
[3] Join Contest Zulseffort sahaja – 1 Peluang Cabutan bertuahTotal point 5 cabutan bertuah dan 1 point untuk Contest Zulseffort sahaja tanpa masuk contest yanmieonline
Untuk sertai contest cabutan bertuah zulseffort 
[a] Klik Facebook Like Button
[b] Klik button retweet dan share di twitter
[d] Klik google+ button (kalau ada)
[c] Komen bagitau apa gadget kegemaran anda disana
Bagitau Zulseffort yang anda join contest beliau:
Tinggalkan komen di entry beliau dengan menyatakan ” saya join contest  atau DM/mention @zulseffort di twitter, tetapi penyertaan hanya sah sekiranya anda melalukan beberapa langkah diatas.
Hadiah-hadiahnya :
1. Cash/Topup RM 30
2. Cash/Topup RM30
3. Cash/Topup RM20
4. Cash/Topup RM20
5. Cash/Topup RM10
6. Cash/Topup RM10
7. Cash/Topup RM10
8. Cash/Topup RM10
9. Cash/TOpup RM10
10 . Untuk 5 orang  - Tips buat duit tanpa modal di internet
Hadiah akan dipilih secara rawak ..

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net