Tajuk bukan main Panas jekan. Ni yang koz nak cerita ini. Pada December 08, 2011 ,sebuah filem yang di terbitkan oleh Sabree Fadzil iaitu Datin Ghairah " Hidup mesti seksi jangan seksa!"akan di mainkan di pawagam seluruh negeri .
Filem Komedi Romantik terbaru keluaran DeBaron Sdn Bhd, Datin Ghairah dibarisi artis-artis terkenal seperti Aaron Aziz (KL Gangster) Maria Farida (Senario Ops Pocot), Joey (Exist), Sheera Iskandar (Halimah Jongang) dan Faizal Hussein. Filem ini berkisahkan seorang Datin Gharirieyah, yang lebih dikenali sebagai Datin Ghairah (Maria Farida), balu kaya Malaysia ahli perniagaan Dato 'Mahfuz (Aaron Aziz). Dia bertujuan untuk mengembangkan empayar kewangan keluarga dengan bantuan Kapten bersara tentera lelaki Loqman (Hairee Othman).
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
Producer : Ahmad Puad Onah, Lina Tan, Lee Mee Fung (Executive Producer), Lina Tan (Producer), Aileen Seet (Producer)
Director : Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak
Producer (Company) : Red Films Sdn Bhd & Grand Brilliance
Language : Malay
Genre : Drama, Action
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : 100 min
Audio : Stereo
Script: Fariza Azlina Isahak (Screenplay)
Cast: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Eliza Wong, Berg Lee, Khirilridzuan, Ayam Fared, Izzue Islam, Fang Chyi, Charlene Meng Si Shi
Di Australia, skuad kendalian Ong Kim Swee ini akan mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan dengan tiga buah kelab di Liga A-Australia. Ia adalah sebagai persiapan menghadapi baki tiga lagi perlawanan aksi kelayakan Olimpik 2012, selain persediaan menempuh saingan Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.
Ong Kim Swee telah pun menyenaraikan barisan senarai 30 pemain yang akan dipanggil menyertai latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada 5 Disember ini.
Kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fandi Othman, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mahalli Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohammad Muslim Ahmad masih mendapat kepercayaan beliau selepas membantu mempertahankan pingat emas sukan sea lalu.
Penyerang Harimau Muda, Izzaq Farris Ramlan terpaksa diketepikan ekoran kecederaan serius dan baru selesai menjalani pembedahan lutut. Selain itu seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial Mat Nasir juga digugurkan.
Namun apa yang menarik perhatian adalah dan dua penyerang yang sering mendapat kritikan dari peminat, Ahmad Fakri Saarani serta Thamil Arasu masih diberikan kepercayaan untuk mengggempur barisan pertahanan lawan.
Pemain tengah berbakat berusia 17 tahun, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga masih ditagih Kim Swee bagi menggerakkan jentera tengah Harimau Muda.
Tiga pemain pinjaman kelab Slovakia, FC Vion Zlate Moravce iaitu Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas juga masih mendapat kepercayaan Kim Swee bersama Gary Steven Robbat yang sebelum ini tidak dibawa ke Jakarta akibat kecederaan.
Selain itu, K. Reuben bersama penyerang pinjaman Felda United, D. Saarvindran yang sebelum ini digugurkan ke temasya Sukan SEA juga kembali dipanggil menjalani latihan.
Ong Kim Swee turut memanggil beberapa muka baru untuk diuji termasuk penjaga gol muda Kelantan dan Terengganu, Syazwan Yusof dan Sharil Saari bersama pemain skuad Presiden Kelantan, Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim serta beberapa lagi pemain muda seperti Muhammad Akmal Ishak, Mohd Azizan Nordin dan Mohd Azrif Nasrulhaq.