Sekiranya ada anak-anak atau adik-adik atau sedara-mara atau anak jiran yg berminat belajar dalam Diploma Animasi , Tuan dijemput hadir pada hari Isnin. 4 April 2016 nanti...untuk Sesi Kemasukan April. Maklumat lanjut > https://www.facebook.com/animasi.alpha
Home > All posts
Kereta Saga BLM Modified
4 commentsPosted by
saga blm modified |
Kereta Saga BLM
Salam semua, hari ini nak paparkan gambar kereta kesayangan kozumi. Inilah rupa baru wajah saga blm milik kozumi di mana kozumi telah membuat perubahan di bahagian bodykit dan juga warna yang baru.
Memang tak dapat nak elak untuk membelanjakan jumlah yang besar dalam proses ini. Minat punya pasal apa pun boleh hahaha. Sekarang ini sedang merancang untuk mendesign sticker untuk ditampal pada bahagian body kereta pula. Lama juga memikirkannya, tapi masih belum ada idea. Harap idea tu cepat-cepat hadir ya...hihi...
Rupa Modified Saga BLM Belakang |
Sekarang pun sedang memikirkan pemasangan sunroof pula, nanti dapat gak tengok awan dari dalam kereta. Kos pemasangannya agak mahal gak, anggaran dalam RM2,000. Harap-harap tabung kereta cecepat penuh ya..
Jadi kalau korang jumpa atau terserempak kereta ini bersama owner dia(kozumilah sapa lagi) jadi hon hon la ya..hihi...
Vidara.my - Pengeluar Produk kecantikan dan kesihatan.
4 commentsPosted by
Vidara.my | Vidara Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat single level yang merupakan pengeluar serta pembekal produk kecantikan dan kesihatan. Semua produk keluaran Vidara Sdn Bhd berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin halal.
Untuk maklumat lanjut anda boleh mendapat info tentang syarikat ini berserta produknya di SINI.
Hidup Seorang Bekas Blogger
1 commentsPosted by
Agak lama tak meluangkan masa untuk berblog, bila ada peluang tak tahu pulak nak kongsikan apa di sini. Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi menyinggah ke blog yang bersawang ni.
Kozumi kini makin busy dengan kerja yang bertimbun, dulu-dulu adalah juga ruang untuk berblog ni, kini agak sukar nak bahagi-bahagikan masa, mengalahkan pak menteri sungguh..hahaha.
Agak lama juga tak bersua dan berjumpa dengan budak-budak blogger lain, insyallah kalau ada kelapangan kozumi akan join korang untuk mana-mana event yang berkesempatan.
Sekarang fokus untuk bina kerjaya, doa-doakan ok..
Cuti Umum 2016 Malaysia
10 commentsPosted by
Senarai berikut adalah cuti umum (hari kelepasan am) di malaysia untuk tahun 2016. Semoga dapat memberi panduan untuk anda semua.
Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia
Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)
Tarikh
| Hari |
Cuti Umum
|
Negeri
|
1 Jan | Jumaat | Tahun Baru 2016 | Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu |
14 Jan | Khamis | Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
17 Jan | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
24 Jan | Ahad | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor |
1 Feb | Isnin | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya |
8 Feb | Isnin | Tahun Baru Cina | Seluruh negara |
9 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Kecuali Kelantan dan Terengganu |
4 Mac | Jumaat | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23 Mac | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
25 Mac | Jumaat | Good Friday | Sabah dan Sarawak |
15 Apr | Jumaat | Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka |
26 Apr | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
1 Mei | Ahad | Hari Pekerja | Seluruh negara |
5 Mei | Khamis | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis |
7 Mei | Sabtu | Hari Hol | Pahang |
17 Mei | Selasa | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
21 Mei | Rabu | Hari Wesak | Seluruh negara |
30 & 31 Mei | Isnin & Selasa | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
1 & 2 Jun | Rabu & Khamis | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
4 Jun | Sabtu | Hari Keputeraan YDP Agong | Seluruh negara |
6 Jun | Isnin | Awal Ramadan | Johor, Kedah dan Melaka |
22 Jun | Rabu | Hari Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu |
6 & 7 Jul | Rabu & Khamis | Hari Raya Puasa | Seluruh negara |
7 Jul | Khamis | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang |
9 Jul | Sabtu | Hari Jadi YDP Pulau Pinang | Pulau Pinang |
31 Ogo | Rabu | Hari Kebangsaan | Seluruh negara |
10 Sep | Sabtu | Hari Jadi YDP Sarawak | Sarawak |
12 Sep | Isnin | Hari Raya Qurban | Seluruh negara |
13 Sep | Selasa | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) | Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu |
16 Sep | Jumaat | Hari Malaysia | Seluruh negara |
1 Okt | Sabtu | Hari Jadi YDP Sabah | Sabah |
2 Okt | Ahad | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Seluruh negara |
14 Okt | Jumaat | Hari Jadi YDP Melaka | Melaka |
24 Okt | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
29 Okt | Sabtu | Hari Deepavali | Kecuali Sarawak |
6 Nov | Ahad | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
11 & 12 Nov | Jumaat & Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
27 Nov | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Dis | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
12 Dis | Isnin | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Seluruh negara |
25 Dis | Ahad | Hari Krismas | Seluruh negara |
Cepat betul gaji "Check Out"
4 commentsPosted by
Cepat betul gaji "Check Out" Banyak job aku dah lepaskan, fokus pada satu kerja...Lau camtu aku dapat lebih baik aku keje kilang biskut cap Hup Seng...
Huhu...artikel luahan perasaan pulak kali ini pasal gaji. Inilah yang dihadapi oleh kozumi bulan ini di mana gaji tak mencukupi selepas banyak job di tinggalkan dan dilepaskan gara-gara nak fokus pada satu pekerjaan.
Inilah akibatnya sebab mengambil tindakkan terburu-buru, jadi lepas ini kena sentiasa berhati-hati sebelum membuat keputusan.
Kereta Kesayanganku
5 commentsPosted by
Salam semua, uhuk..uhuk...berabuk dah blog ini, kesian. Tuan empunya buzy memanjang sampai tak jaga blog ini. Maklumlah baru lepas mendirikan rumah tangga :D. Hari ini tak ada apa-apa cerita yang ingin di kongsikan cuma nak kongsikan gambar kereta kesayangan jek..jadi enjoy :P ...
Pertandingan Mewarna - Kelembai Band
12 commentsPosted by
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah semalam kozumi dapat kabar berita terbaik dari satu kumpulan band yang makin meningkat naik ketika ini. Band yang kozumi maksudkan ialah dari Kelembai Band. Kozumi pasti anda semua mengenali band ini dan juga gaya band ini membuat persembahan.
Baru-baru ini Kelembai Band telah menganjurkan satu pertandingan mewarna lukisan yang dihakimi oleh kartunis yang telah menyediakan lukisannya sendiri. Gambaran lukisannya seperti di bawah.
Jadi tugasan para peserta hanya perlu mewarnakannya mengikut kretiviti peserta itu sendiri. Pada waktu pertandingan ini berlangsung, kozumi adalah jugak masa terluang. Kozumi pun mengambil langkah untuk turut serta dalam pertandingan ini. Hasil kerja koz selama dua hari mewarna adalah seperti di bawah. Biasa-biasa je.... :P
Pertandingan ini dijalankan pada 23 april 2015 dan berakhir pada 15 mei 2015. Dan tarikh pengumuman pemenang dilakukan pada malam semalam iaitu 17 mei 2015. Syukur Alhamdulillah bila lihat senarai pemenang, nama kozumi adalah dicatitkan sebagai pemenang nombor satu.
Memang tak sangka pun boleh menang, tapi inilah dikatakan rezeki, jadi terima sahaja. Pemenang akan dijemput menyertai makan malam secara eksklusif bersama kelembai, dan berpeluang menemui kelembai secara in person , t-shirt dan cenderahati eksklusif dari kelembai juga akan diberikan kepada pemenang. Syukur Alhamdulillah....
Wajah Baru Budak Nakal Blogspot 2015
11 commentsPosted by
Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat blogger sekalian, alhamdulillah, hari ini telahpun dapat menyiapkan perubahan pada template blog budak nakal ini. Agak lama juga kozumi tidak sentuh bahagian-bahagian script blogspot ini. Syukur sebab masih lagi ingat dan mampu untuk menyiapkan template begini rupa.
Apa pendapat korang tentang wajah baru budak nakal blogspot ini? okey tak? kalau ada idea atau pandangan bolehlah ajukan di bahagian komen di bawah, insyallah kozumi akan terimanya dengan hati yang terbuka.
Kemungkinan dalam masa terdekat ini kozumi akan cuba untuk aktiv kongsikan tutorial-tutorial untuk blogspot pula selepas ini seperti biasa. Widget-widget juga akan kozumi kongsikan kepada anda juga. Insyallah...
Apa yang penting jom kita kongsikan link blog masing-masing di bahagian komen dan sesiapa yang kongsikan blog kozumi ini di blog anda, kozumi akan kongsikan blog anda juga di bahagian sidebar.
Misi Tukar Gula Racun Putih - Stevia Sweetener
9 commentsPosted by
Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Alhamdulillah, hari ini kozumi nak kenalkan satu produk yang berfungsi sebagai pengganti gula racun putih yang dimana selama bertahun-tahun kita gunakannya sebagai pemanis dalam masakan dan juga minuman.
Sedangkan kita sedia maklum dimana paparan akhbar juga telah menyatakan gula yang selama ini kita gunakan adalah gula yang tidak sihat bahkan ia juga adalah racun bagi mereka yang mengamalkannya dengan kuantiti yang banyak.
Produk yang kozumi maksudkan sebagai pengganti gula adalah produk Stevia Sweetener iaitu produk berasaskan extrak daun stevia atau dikenali dengan sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Stevia merupakan satu-satunya gula atau pemanis semulajadi tanpa kalori. Sebab itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis dan berlebihan berat badan. Ia juga amat sesuai untuk kita gantikan sebagai pemanis untuk masakan dan juga dalam minuman.
Antara kebaikan yang kita perolehi dari stevia ialah:
- Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 300 kali lebih manis dari gula biasa.
- Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat.
- Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
- Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
- Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan
- Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
- Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah.
- Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang.
- Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser.
- Anti-diarrheal – merawat cirit-birit.
- Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan.
- Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman.
Jadi kepada anda ubahlah penggunaan gula yang kita guna selama ini kepada produk stevia sweetener kerana ia adalah satu-satunya produk pengganti gula yang terbaik untuk semua. Sudah banyak testimoni-testimoni yang telah diterima dari pengguna produk ini, diantaranya seperti di bawah:
Anda baca dan anda hayati sendiri manfaat yang telah mereka perolehi, berubahlah kepada gula yang menyihatkan. Sayangi diri anda dan juga keluarga anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah berurusan dengan kozumi di talian 011-17588326 (call,masej,whatapps)
Untuk harga produk Stevia Sweetener.
Harga Semenanjung RM140, Sabah Sarawak RM145 akan dapat 1 kotak stevia sweetener (3 botol) dan terus layak jadi Ahli.
Harga Semenanjung RM140, Sabah Sarawak RM145 akan dapat 1 kotak stevia sweetener (3 botol) dan terus layak jadi Ahli.
Harga belian semula Semenanjung RM50, Sabah Sarawak RM55 akan dapat 1 kotak stevia sweetener (2 botol).
Pengedar/Stokis diperlukan!!