Powered by Jasper Roberts - Blog

Komitmen Penentu Kejayaan Hidup

Jom! comments



Mencari peluang untuk jadi yang lebih baik, itulah fokus koz ketika ini di mana sebelum ini sudah banyak berbakti pada orang lain seperti mana yang di hadapi oleh semua anak bangsaku sendiri iaitu berkerja mencari rezeki di dalam laman bisnes orang lain.

Kini koz akan fokus untuk berkhidmat dalam bisnes sendiri pula, peluang ini akan hadir jika kita mencari, kalau di tangguh ia pasti tidak akan menjadi. Jadi haruslah cepat dan pantas membuat tindakkan jika ingin mencapai kejayaan di masa akan datang. Umur tidak akan berpatah balik malah ia akan sentiasa meningkat dari saat, jam, hari dan tahun.

Inilah penentu masa depan koz, koz haruslah komitmen untuk menghadapi cabaran ini. Walaupun sukar, tetapi ia juga salah satu pembelajaran dalam mengenal erti penat dan susah bak kata pepatah, "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian".

Seminar Asas Adobe Photoshop PERCUMA!!!

3 comments

Salam Semua, di sini kozumi hendak menjemput anda semua hadir ke seminar Asas Adobe Photoshop yang akan di anjurkan di Pusat Latihan RTC Johor di Terminal Bas Kulaijaya.

Seminar ini akan di laksanakan kozumi sendiri untuk memberi penerangan tentang cara mempelajari dan menggunakan sofware adobe photoshop ini. Jangan risau, tiada caj dikenakan dan seminar ini adalah PERCUMA! dan anda yang hadir juga tidak perlu risau soal makan dan minum kerana ianya di tanggung sepenuhnya oleh pihak RTC Johor.Tarikh seminar ini adalah pada 27 & 28 June 2014 pada jam 9.00 pagi - 5,00 ptg.

Apa yang perlu anda bawa adalah Laptop sendiri lengkap dengan sofware Adobe Photoshop CS3.

Berubahlah Anak Bangsaku

4 comments


Panggilan Telefon untuk beri peluang pekerjaan di jawap dengan nada dan kata yg kurang enak di dengari oleh setiap manusia yang ingin melihat anak bangsa sendiri berkerja dan memiliki pendapatan hasil usaha bangsa sendiri...stresss beb...
Suasana...
Membuat panggilan jemputan Interview untuk sebuah syarikat yang memerlukan pekerja....
Telefon guna phone opis xmo angkat, bila call guna HP personal angkat la pula...
Belum sempat beri salam terus di terjah dengan kata-kata "Nak APA??"
Tergamam juga bila mendengar, kalau ikutkan marah mmg dh di bahasakan dah...lihat pada gambar manis sangat wajah dan senyuman...dah macam wanita melayu terakhir dah bila di lihat...Dengan tenang di balas dengan ucapan " Saya dari Syarikat XXXX ingin menjemput anda untuk di Interview bekerja di syarikat kami" ....di balasnya "ISHH ALAAHHHH !!!!"....." KELEPUK!!!!" talian di matikan serta merta......
Jangan Hantar Resume kalau rasa x ingin bekerja!!!
Cara jawap telefon pun xde adap!!!
Pelik Betul, kalau x ingin kenapa hantar resume???
Kalau xmo jawaplah panggilan dengan budi bahasa elok-elok...
Lihat pada record pencapaian pada resume mmg amat memuaskan dengan segala butiran yg di lampirkan, dan pencapaian2 yang dia dapat...tapi sayang....peragai x Profesional... Apa kata anda???

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net