Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Pengamal perubatan Islam tidak mengaku merogol

1 comments


Gambar Hiasan
Pengamal perubatan Islam mengaku tidak salah tuduhan rogol.
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang wanita, akhir bulan lepas.

Muhammad Sombhah Abdullah, 48, dituduh merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah, di sebuah kampung di Labu, Nilai dekat sini antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datin M. Kunasundary membenarkan Muhammad Sombhah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga diarah melapor diri pada setiap 1 haribulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarganya.

Terdahulu, Hakim Kunasundary membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin supaya pihak media dilarang menyiarkan nama mangsa, identiti keluarga dan alamatnya dalam apa-apa bentuk saluran bagi menjaga imej mangsa.

Muhammad Sombhah diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh. - Bernama

Dua maut dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan

Jom! comments


Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.

Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.

"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren.  - Bernama

Ketua Pemuda Umno Kepong di serang penyamun

Jom! comments



Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali  terpaksa lari sejauh 20 meter menyelamatkan diri ke rumahnya selepas diserang oleh dua penjenayah di depan rumahnya di Ampang, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit.

"Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya.

Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh.

"Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya.

Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.

"Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya.

Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun.

Pasar malam tutup hormati waktu Maghrib

1 comments



BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.  

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.

Senarai peserta masterchef malaysia 2

2 comments



Seramai 24 peserta dipilih untuk berentap menunjukkan bakat kehebatan memasak masing-masing menerusi program realiti masakan popular, Masterchef Malaysia yang kembali untuk musim kedua.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pilihan peserta yang merupakan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran itu dibuat berdasarkan kualiti dan potensi yang baik untuk pergi jauh dalam bidang seni kulinari.
Gambar 24 peserta  MasterChef Malaysia 2 
"Selepas program ini mencetus fenomena pada musim pertama, pihak kami dengan bangganya menerbitkan kembali MasterChef Malaysia 2 di mana ia bukan sehaja mengangkat seni kulinari Malaysia, tetapi turut meliputi bahan dan peralatan yang digunakan untuk persediaannya.

"Kami juga turut menerapkan elemen Malaysia pada set studio yang digunakan untuk membangkitkan semangat para peserta menyediakan hidangan yang terbaik.

"Jujurnya, saya amat teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing para peserta musim ini untuk beraksi di dapur," katanya dalam sebuah kenyataan akhbar yang diberikan kepada mStar Online.
Juri  MasterChef Malaysia 2
Barisan juri profesional yang akan menilai masakan-masakan peserta.
Peserta-peserta itu dipilih menerusi sesi ujibakat yang telah pun bersiaran pada 8 September lalu (Astro Ria) dengan mengharungi beberapa rintangan dan penyingkiran sebelum berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam program ini.


Gabungan tiga juri daripada musim lalu iaitu Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran masih lagi dikekalkan bagi musim kali ini.

"Tiga orang tukang masak yang berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan para peserta sepanjang musim ini.

"Saya percaya ketiga-tiga juri ini mampu menilai makanan yang terbaik hasil daripada masakan para peserta," tambah Raqim.
Tema MasterChef Malaysia 2
Bertemakan 'Dapur Malaysia ke Persada Dunia', MasterChef Malaysia 2 lebih menekankan mengenai penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.
Juara MasterChef Malaysia 2
Juara MasterChef Malaysia 2 bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak.
Waktu MasterChef Malaysia 2
Program ini disiarkan pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, pukul 9 malam hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Kucing curi seluar dalam wanita

1 comments



SOUTHAMPTON – Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.

Pemilik mamalia berusia 12 tahun itu berkata, mereka terkejut menemui sejumlah 70 helai seluar dalam pelbagai saiz selain stoking dan sarung tangan kebun di rumah pasangan tersebut yang dilapor hilang oleh jiran-jiran beberapa minggu lalu.

“Ia mungkin teruja melihat kain fabrik itu dan kemudian dijadikan pula sebagai alas tempat tidurnya,”kata Peter, 72, yang memelihara kucing jinak tersebut selepas dijual menerusi satu lelongan amal haiwan pada Krismas tahun lepas. – Agensi

Sumber : Kosmo

Blogger fail saman tuntut injuksi terhadap Nga Kor Ming

Jom! comments



IPOH: Blogger, Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman menuntut perintah injuksi bersama gantirugi am terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang didakwa memfitnahnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam, Sofian yang juga pemilik blog sekupangduas.blogspot mendakwa Kor Ming mengeluarkan fitnah itu dalam laman sesawangnya www.ngakorming.com pada 12 September lalu. bharian.com



Gadis dicabul lalu di tolak jatuh tingkat 4

Jom! comments



SHARJAH - Seorang wanita berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital selepas ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan apartmen di sini selepas dirogol pagi semalam.

Akhbar Gulf News melaporkan, mangsa yang juga pembantu rumah warga Habsyah bekerja dengan sebuah keluarga di Emiriah Arab Bersatu memberitahu polis, dia terpaksa melakukan kerja sampingan kerana hanya dibayar gaji 500 dirham (RM416). 

Dia meminta seorang rakan warga Bangladesh supaya menghantarnya pulang tetapi lelaki itu membawanya ke rumah suspek dengan alasan untuk mengambil barang. Bagaimanapun, wanita itu diperkosa rakannya sebelum ditolak dari tingkat empat bangunan berkenaan.



Sumber: Harian Metro 

Gempar! Gadis penggal kepala perogol

Jom! comments



Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu.

Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.

Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.

“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk.

Wanita separuh bogel mati dijerut

Jom! comments

Wanita separuh bogel mati dijerut

PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.


Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.

“Kakak mangsa yang curiga masuk ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk dari sebuah bilik yang berkunci sebelum menghubungi polis.


“Polis memecah pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dalam keadaan tangan dan kakinya terikat manakala ada kesan jerut di lehernya,” katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan ahli keluarga serta kenalan mangsa dan sedang mengenal pasti motif kejadian.



Mayat reput dalam tangki air

3 comments


Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100 juta - Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini, hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam, Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang juga ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baru. - BERNAMA

Gadis dirogol semasa temu duga

4 comments



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.

Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.

“Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.

“Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.

Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.

“Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.


Gempar janin dijumpai di tangga kuarters KLIA

2 comments



Janin ditemui di tangga kuarters KLIA - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya. 
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis.
Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222.


Budak Perempuan Istihar Cintakan Jihad

3 comments



Budak 8 Tahun Istihar Cintakan Jihad - Seorang budak perempuan berumur lapan tahun, membuat pengakuan mencintai jihad dan kebangkitan Islam di Syria di dalam satu persidangan Islam di ibu negara Australia baru-baru ini.

Namun, pengumuman dibuatnya telah mengundang rasa kurang senang Australia yang mendakwa Ruqaya menimbulkan kontroversi dalam negara ketika kerajaan Australia yang sedang berhadapan dengan kesan buruk protes yang berlaku sepanjang minggu lalu.

Menerusi rakaman, Ruqaya dilihat memberi ucapan di hadapan orang ramai semasa berlangsungnya persidangan bertajuk Kebangkitan Islam oleh pengikut Hizb ut-Tharir Australia di Bankstown, selatan ibu negara.

Pihak berkuasa tempatan kini dilapor menjalankan siasatan terhadap identiti kanak-kanak itu yang menggambarkan jihadnya sebagai perjuangan semangat suci bersamaan dengan kebangkitan keganasan di Syria serta masyarakat dunia.

Menurut agensi 9News, dalam video berkenaan Ruqaya mengungkapkan kebangkitan menunjukkan umat Islam dalam keadaan baik dan hidup, sentimennya adalah demi Islam, cintanya hanya untuk jihad selain membuang rasa takut yang sedia ada di dalam dirinya.

“Kita dapat melihat keadaan kanak-kanak seusia saya di jalananan negara bergolak, mereka membahayakan nyawa dengan membawa makanan, air dan ubat untuk ahli-ahli keluarga mereka yang cedera.

“Malah ada sebahagiannya langsung tidak kembali ke pangkuan ibu mereka. Tiada istilah terlalu muda bagi mereka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kebajikan Masyarakat dan Keluarga, Pru Goward mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mengejut terhadap mana-mana kanak-kanak yang dijumpai terlibat dalam sebarang protes dan tunjuk perasaan di Australia.

“Kita tidak boleh membiarkan kanak-kanak dijadikan alat keganasan untuk apa sahaja perhimpunan dan kita tidak boleh mempergunakan mereka sebagai medium mempromosikan mesej hasutan yang menjurus kepada keganasan,” Katanya.

Pekerja swasta dicabul ketika rawatan di klinik

1 comments

Pekerja swasta dakwa dicabul ketika terima rawatan di klinik

DUNGUN: Seorang petugas syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis. Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu. Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira jam 9.15 malam di Balai Polis Dungun.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun. - BERNAMA


Tubuh pelajar sekolah di ratah Ustaz

5 comments


Ustaz Ratah Tubuh 2 Orang Murid Perempuan Sekolah Rendah

KAJANG: Seorang guru agama berusia 20-an layak digelar ustaz setan apabila menjadikan dua murid perempuan yang berusia tujuh dan lapan tahun sebagai pemuas nafsunya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi sejak Ogos lalu.

Difahamkan, suspek yang sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak setahun lalu akan membawa mangsa ke tempat sunyi di kawasan sekolah sebelum mencabul mereka. Tambah keji, suspek turut mengugut untuk menghukum mangsa sekiranya mangsa menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk keluarga mahupun rakan serta guru.

Bagaimanapun, perbuatan keji suspek terbongkar Isnin lalu apabila mangsa pertama iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum pasangan suami isteri berusia lewat 20-an itu membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Balai Polis Kajang.

Menurut sumber, berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan polis yang melakukan siasatan kemudiannya menahan suspek di rumahnya, di sini, kelmarin.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, siasatan lanjut pihak berkuasa kemudian mendapati selain kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terdapat beberapa mangsa lain.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihak berkuasa mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun turut dicabul,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, keluarga kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu turut tampil membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan tidak lama kemudian.

“Sehingga kini, pihak berkuasa menerima dua laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat kemungkinan terdapat mangsa lain yang dicabul suspek,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dia akan membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum memeluk, mencium dan memegang kemaluan mangsa.

Tambah sumber itu, dua murid itu sudah dirujukkan ke hospital berhampiran kawasan berkenaan dan difahamkan, mereka masih trauma dengan insiden berkenaan.

Sumber itu berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Remaja sekolah berasmara di sekolah

9 comments

Remaja 15 Tahun Ditangkap Berasmara Di Sekolah

KULIM – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

Bayi di campak dari tingkat tiga

2 comments

Wanita campak anak direman

Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.

“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Hukuman ke atas Koden

Jom! comments


Tiada maaf buat Koden , Hukuman ke atas Koden

KUALA TERENGGANU - Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama ‘Koden’ merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.

Sebelum ini, Koden, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa yang baru pulang dari mengaji al-Quran di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, 5 Mei 2010.

Tertuduh telah mengumpan RM2 kepada mangsa yang masih mentah itu sebelum bertindak menanggalkan pakaian dan menyandarkan badan mangsa di batang pokok pisang lalu merogolnya.

Mangsa memaklumkan tertuduh sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu sejak dia dalam tahun tiga lagi, dan setiap kali melakukan perbuatan itu, tertuduh akan memberi sejumlah wang kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 23 Mei 2010 selepas ditanya sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh, 24 Mei 2010.

Susulan laporan dibuat, ‘Koden’ yang juga rakan baik kepada arwah ayah mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.


Pelajar Sekolah Ragut Wanita

1 comments

Pelajar Sekolah Ragut Wanita

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja ponteng sekolah dikesan meragut penumpang stesen transit aliran ringan (LRT) di sekitar ibu negara sebelum seorang daripadanya diberkas polis, kelmarin, ketika melakukan jenayah itu terhadap seorang pelajar perempuan kolej swasta di Stesen LRT Hang Tuah, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan remaja terbabit yang masih di bawah umur berkeliaran secara berkumpulan dengan memakai pakaian biasa pada waktu persekolahan.

Menurutnya, dalam kes berkenaan mangsa berusia 21 tahun dihampiri tiga remaja terbabit di stesen LRT berkenaan jam 10.30 pagi sebelum ditolak sehingga jatuh.

“Suspek bukan saja meragut telefon pintar milik mangsa, malah turut mencabulnya yang cedera di lutut.

“Bagaimanapun, perlakuan suspek dilihat anggota polis yang meronda sebelum ketiga-tiganya cuba diberkas dan seorang daripada mereka ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mohmad berkata, remaja yang ditahan berusia 15 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui telefon pintar milik mangsa dan satu pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter dalam poket seluarnya.

“Soal siasat mendapati remaja terbabit mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita di Desa Tasik, Mac lalu.

“Remaja terbabit kini direman seminggu dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya.- pelajar ponteng ragut penumpang wanita

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net