Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Perut budak lelaki terburai

2 comments


Perut budak lelaki terburai

MUKAH: “Hati saya sayu melihat perut budak lelaki itu hampir pecah,” kata saksi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kanak-kanak berusia lapan tahun apabila lori dipandu bapanya merempuh sebuah lori lain di Sungai Selat, Jalan Bintulu-Tatau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Bryant Tiong Kung Yan, murid tahun dua sekolah rendah di bandar Sibu, mati di tempat kejadian akibat cedera di perut selepas lori membawa muatan gam dipandu bapanya, Tiong Ing Tung, 44, merempuh belakang lori baja.


Saksi berkenaan, Edward Banting, 21, berkata, ketika kejadian dia memandu keretanya mengekori lori berkenaan sebelum pemandu lori di depannya menekan brek secara tiba-tiba sambil mengelak sesuatu sebelum berhenti secara mengejut.

“Saya sendiri nyaris merempuh belakang lori dipandu mangsa, tetapi disebabkan berada pada jarak yang selamat, saya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.


“Sejurus kemudian saya melihat pemandu lori berkenaan turun dengan kepalanya berlumuran darah menuju ke arah tempat duduk sebelah pemandu,” katanya. Edward berkata, dia memberhentikan kereta dan terkejut apabila mendapati pemandu lori itu cuba mengeluarkan anak lelakinya yang tidak sedarkan diri, tersepit di tempat duduk penumpang.


“Ketika itu saya sempat melihat perut kanak-kanak itu cedera parah dan banyak darah keluar. Selepas 10 minit, kami mengeluarkan kanak-kanak itu, namun tubuhnya langsung tidak bergerak,” katanya.

Pemandu lori baja terbabit, Latip anak Kerani, 42, berkata ketika kemalangan, lalu lintas di jalan berkenaan sesak kerana ada kerja naik taraf jalan dilakukan menyebabkan kenderaan berderet menunggu giliran melepasi kawasan pembinaan.


“Tiba-tiba lori saya dirempuh kuat dari belakang. Saya turun dan mendapati lori lain melanggar bahagian belakang kenderaan saya.

“Ketika itu saya nampak pemandunya cedera di kepala manakala seorang kanak-kanak berlumuran darah tersepit di tempat duduk depan,” katanya.


Difahamkan, Bryant menemani bapanya menghantar muatan gam ke Bintulu berikutan cuti sekolah sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung sekarang. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian beberapa minit kemudian akibat cedera parah pada badan, manakala bapanya dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan berkenaan menyebabkan keadaan lalu lintas di situ sesak lebih tiga jam.- Perut hampir pecah


Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian

3 comments


Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan. Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian


Aksi jijik dua lelaki homoseksual

1 comments



Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.- Aksi jijik dua lelaki homoseksual

Binaan Menara Lego tertinggi di dunia

1 comments


Binaan Menara Lego tertinggi di dunia

PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.

Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.

Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.

Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.

Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.

"Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara," katanya.

Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut.

Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

2 comments


Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

Satu sindiket yang aktif mencuri kenderaan Proton dan Perodua di bandar raya Miri sepanjang Februari hingga September tahun ini berjaya dilumpuhkan polis dengan penahanan tiga lelaki rakyat tempatan, minggu lepas.

Polis lumpuh sindiket aktif curi kenderaan Proton dan Perodua


Ketua Polis Miri, ACP Mun Kok Keong berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur 29 hingga 55 tahun ditahan pada 7 dan 8 Sept lalu dengan salah seorang suspek ialah pemilik sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di Lorong 6 Krokop.
"Polis berjaya selesaikan tujuh kes curi kenderaan antara Februari hingga September tahun ini selepas penemuan enjin di bengkel itu," katanya di sini hari ini.

Mun berkata polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tetapi nombor enjin tersebut dikikis oleh suspek untuk mengelak dicam polis. - Bernama - Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

250 budak rempit tolak motosikal

1 comments


250 budak rempit tolak motosikal

Sebahagian daripada 250 pelesit rempit dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer selepas ditahan dalam satu operasi di George Town semalam.

 GEORGE TOWN – Perbuatan 250 pelesit rempit termasuk 22 pelajar sekolah yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk melakukan aksi berbahaya dan berlumba haram berbalas apabila mereka ditahan polis sebelum dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer.

Pelesit rempit berusia antara 16 hingga 30-an tersebut dipaksa menolak kenderaan itu dari Bukit Gambir ke Pengkalan Marin Batu Uban di sini sebagai ‘hukuman’ awal atas tindakan mereka yang bagaikan mencabar pihak berkuasa.

Daripada jumlah itu, 150 merupakan penunggang manakala 100 lagi pembonceng terdiri daripada lelaki dan wanita.

Selain polis, ‘Ops Samseng Jalanan’ yang bermula pukul 12 tengah malam itu turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Aziz Wan Husin berkata, operasi tersebut dianggap berjaya kerana perancangan rapi mereka untuk melakukan sekatan jalan di kedua-dua arah dapat memerangkap pelesit rempit tersebut.- 250 budak rempit tolak motosikal

Temui bayi beralas kain batik berdarah

Jom! comments


Temui bayi beralas kain batik berdarah

YAN: “Hati saya tersentuh sebaik melihat bayi lelaki masih bertali pusat dalam dalam keadaan kesejukan ditemui hanya dialas kain batik yang penuh darah hampir kering dalam tandas lelaki di masjid ini.

“Bagaimanapun, bayi itu langsung tidak menangis walaupun bahagian mukanya dihurung semut, malah ada jemaah perempuan yang baik hati sempat menyusukan bayi itu yang kelaparan dan dibawa ke dalam masjid untuk diazankan,” kata Naharah Saad, 57.


Naharah antara individu awal yang menemui bayi lelaki itu dalam tandas Masjid Al Falah, Sungai Daun Atas, dekat sini, jam 6 petang pada 23 Ogos lalu iaitu pada hari raya ke-4 Aidilfitri yang dipercayai ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan.

Ini berikutan bayi yang dilahirkan seberat 2.94 kilogram itu ditemui masih bertali pusat, manakalanya urinya dipotong tetapi ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.


Naharah berkata, bayi itu ditemui seorang lelaki bersama keluarganya dipercayai dari Baling yang singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat terkejut apabila melihat bayi itu berada di belakang pintu tandas ketika mengambil wuduk.


Menurutnya, dia yang ketika itu berbual dengan keluarga terkejut apabila menantunya, Nasir Ghani, 30-an yang ketika itu hendak keluar ke pekan berpatah balik memberitahu ada bayi ditemui di belakang pintu tandas lelaki masjid berkenaan yang terletak 200 meter dari rumahnya.

“Saya tidak sampai hati melihat bayi berkenaan dan anak perempuan saya memberikan kain lampin bayinya menyelimut tubuh bayi itu dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian.


“Ketika dibawa ke dalam masjid, bayi itu membuka matanya, tetapi tidak menangis menyebabkan saya sebak mengenangkan nasibnya yang ditinggalkan ibunya,” katanya.

Katanya, ini kali pertama penemuan bayi di kampung berkenaan, malah dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana sebelum ini hanya menonton di televisyen dan membacanya di akhbar.


Sementara itu, Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, Norliza Azezool, berkata bayi lelaki berkenaan diberi nama Muhammad Fitri, 18 hari, diserahkan kepada Hospital Yan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapat rawatan.


Menurutnya, Muhammad Fitri dibenarkan keluar hospital, semalam dan diserahkan semula kepada pihak JKM bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk jagaan sementara.


Katanya, perintah jagaan sementara itu diberi selama sebulan bermula semalam sehingga 8 Oktober depan bagi memberi peluang kepada waris atau ibu bapa kandungnya menuntut semula bayi berkenaan untuk urusan dokumentasi.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Kanak-kanak 2001 dan pihak kami sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini pagi tadi (semalam) di Balai Polis Guar Chempedak.


“Justeru, keluarga atau waris bayi berkenaan boleh menghubungi JKM di talian 04-4619510 atau 04-4619512 untuk menyalurkan maklumat,” katanya.- Temui bayi beralas kain batik berdarah

budak nakal: makin lama makin menjadi-jadi kes pembuangan bayi ini.

Asrama tahfiz di Kuala Ibai terbakar

Jom! comments


Asrama tempatkan 25 pelajar tahfiz di Kuala Ibai terbakar

Tingkat dua sebuah bangunan yang menempatkan asrama dihuni 25 pelajar Maahad Tahfiz Assyifa di Kampung Kolam, Kuala Ibai di sini, terbakar dalam satu kejadian pada kira-kira 1.20 petang tadi.

Pengetua maahad tahfiz itu Ahmad Syarifuddin Ibrahim berkata ekoran insiden tersebut, semua peralatan pelajar seperti tilam dan katil gagal diselamatkan.
"Ketika kebakaran, saya sedang solat zohor bersama pelajar di surau berhampiran, tetapi saya dikejutkan dengan teriakan ibu saya Limah Awang, yang ketika itu berada di tingkat bawah menjerit ada api di tingkat dua bangunan.

"Mendengar teriakan itu, saya terus keluar dan melihat api sedang marak membakar bangunan tingkat dua. Saya bersama orang kampung serta pelajar cuba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air terdekat bagi menggelakkan kebakaran merebak ke tingkat bawah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Beliau berkata maahad tahfiz, yang menempatkan 50 pelajar tingkatan satu hingga lima, baru diduduki tahun lepas setelah dibina semula hasil sumbangan orang ramai kerana terlibat dalam kebakaran pada awal tahun 2011.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Ridzuan Hasan berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.25 petang dan tiga jentera bersama 28 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita mengambil masa kira-kira 11 minit bagi mengawal keseluruhan kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke tingkat bawah," katanya.

Beliau berkata tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, dan punca sebenar kejadian serta nilai kerugian masih disiasat.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Wan Kamal Wan Ismail berkata pihaknya akan memberi bantuan keperluan asas seperti tilam, selimut serta peralatan lain kepada pelajar terbabit dalam masa terdekat. - Bernama - Asrama tahfiz di Kuala Ibai terbakar

Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

1 comments

Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negara, pengalaman yang lebih miris ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China.

Di sebalik kejayaan negara Tirai Buluh ini menyaingi hegemoni negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun potret suram kemiskinan masih sangat kental terlihat. Minimnya kesejahteraan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan buruknya pendidikan yang ada.

Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun ajaran baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan pelbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan miris ini terjadi setiap tahun ajaran baru. Untuk membawa meja dan bangku, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya.

Walau demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 3 ribu pelajar lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu berlaku kerana keterbatasan kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Padahal ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.

Di bandar miskin tersebut, para orang tua murid terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.

Saat diminta komen, banyak orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem pemerintahan yang dianggap sangat korup.

"Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wali murid kepada stesen berita NBC. "Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu menghilang."

Meski kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600.000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

"Saya lebih suka percaya ada hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan," tulis salah satu kometar pada berita Changjiang Times

Berkaca dari kes ini, kita hanya boleh mengharapkan kerajaan Malaysia tidak melakukan hal yang sama kerana mewariskan kecerdasan dan ilmu bagi generasi muda lebih berharga daripada mewariskan harta semata.- Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

Ditembak kerana malas bekerja

Jom! comments


Ditembak kerana malas bekerja

Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya dipercayai menggunakan sepucuk pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.

Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan dua das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, suspek yang panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.
“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.
“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian itu, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya. – Metro - Ditembak kerana malas bekerja

Samun menggunakan senjata pemetik api

Jom! comments


Samun menggunakan senjata pemetik api

Mendakwa kononnya ingin melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan hanya menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an itu menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun akhirnya tumpas tidak sampai 6 jam apabila dia ditahan di rumahnya di Rahang, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya ingin menamatkan operasi.

“Suspek yang memakai cermin mata gelap serta menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran terbabit menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh.

“Kemudian suspek terus mengacukan ‘pistol‘ kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa untuk menyerahkan wang.

“Mangsa yang dalam takut apabila diacukan ‘pistol’ itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian tersebut melalui nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan bagi menyamun.

Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian tersebut, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek.- Samun menggunakan senjata pemetik api

Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

2 comments


Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

Jenazah Adzreen bersama rakan arwah Hanisah yang terkorban dalam kemalangan di Russia selamat dikebumikan. 

 PUTRAJAYA 7 – Jenazah penuntut Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yang terbunuh dalam kemalangan dua buah bas di Rusia, Isnin lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20 di sini malam tadi.

Jenazah Adzreen yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.45 malam tadi terpaksa melalui proses pengecaman terlebih dahulu oleh ahli keluarganya.

Setelah selesai, jenazah terus dibawa dengan van ke Surau al-Iman di Presint 9 di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada kira-kira pukul 1.40 pagi.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama-sama enam rakan lain, semuanya pelajar Malaysia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

Bagaimanapun, bas dinaiki itu terbabit dengan kemalangan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima rakannya iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza, semuanya tajaan Mara mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil.- Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan


Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

3 comments


Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

Seorang Penunggang motosikal maut semasa ingin memotong treler di rawang. 
RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber,  akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.-Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq

1 comments


Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq


Mayat bayi lelaki yang sudah mula reput di beberapa bahagian badan telah ditemui dalam sebuah beg pakaian dekat Surau Al-Falaq, Danau Kota, Setapak di sini, kelmarin.

Mayat bayi tersebut ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pelajar wanita sebuah kolej Islam ketika ke surau bagi menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, anggota polis turut menemui sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Melayu serta tulisan Jawi.

“Nota itu menyebut ‘Nama saya Mintah, tolong pengurus masjid tolong urus bayi ini’.

“Selain itu, sepasang baju kurung kuning, lampin serta seluar panjang warna hitam juga ditemui dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi tersebut berusia 7 hari dan meninggal dunia 2 hari lepas.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq

Nurul Syuhada mahu berehat

1 comments

Nurul Syuhada mahu berehat

PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.

Pesawat terbabas di tioman

1 comments


Pesawat terbabas di tioman

KUANTAN: Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat ringan milik persendirian terselamat apabila pesawat jenis Piper 34200 terbabas di Lapangan Terbang Pulau Tioman di sini, hari ini.

Jurucakap polis berkata, juruterbang, Salem Ibrahim yang juga seorang peguam, dan Foo Shing Yng, kedua-duanya warga Singapura tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden yang berlaku pada jam 2.02 petang tadi. "Pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan akibat tayar hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.

"Situasi itu menyebabkan pesawat berkenaan hilang kawalan dan terseret hingga ke tengah landasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Johari, sepasukan anggota bomba dan penyelamat lapangan terbang itu bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan.

"Kini pesawat berkenaan telah dialih dari tempat kejadian dan ditempatkan di kawasan lapangan terbang pulau peranginan berkenaan," katanya. - BERNAMA | Pesawat terbabas di tioman

50 orang terbunuh gempa bumi di china

Jom! comments

50 orang terbunuh gempa bumi di china

BEIJING: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh apabila dua gempa bumi kecil melanda kawasan pedalaman dan pergunungan di barat daya China menyebabkan bangunan runtuh, kata pegawai dan media.

Penduduk berkata, mereka lari keluar dari bangunan sambil menjerit apabila dua gempa itu melanda sempadan barat daya wilayah Yunnan dan Guizhou selang sejam pada tengah hari waktu tempatan. Siaran televisyen menunjukkan penduduk berlari dari bangunan dan jalan yang dipenuhi bata dan batu di daerah Yiling, wilayah Yunnan yang paling teruk terjejas. - AFP | 50 orang terbunuh gempa bumi di china

Tiga suspek kes rogol pelajar 15 tahun di buru

Jom! comments


Tiga suspek kes rogol pelajar 15 tahun di buru


TAPAH: Polis kini memburu tiga suspek kerana merogol seorang pelajar berusia 15 tahun secara bergilir di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Batu 33, dekat sini, lewat tengah malam Isnin lalu hingga awal pagi keesokannya. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliau, berkata, mangsa membuat laporan polis selepas berjaya melarikan diri. 

Wartawan Radio Terbunuh.

Jom! comments


Wartawan Radio Terbunuh.

Seorang wartawan radio ditemui mati di selatan negara ini, menjadi wartawan keenam di negara itu yang dibunuh tahun ini, kata pihak berkuasa semalam.
Tentera menemui mayat Eddie Apostol yang sudah reput dalam paya Ahad lalu, lima hari selepas keluarganya melaporkan dia hilang, kata jurucakap tentera daerah, Kolonel Prudencio Asto.

Hos rancangan bual bicara radio DXND itu diikat dengan tali dan ditembak dua kali di kepalanya, kata Asto kepada wartawan. Pengerusi pemerhati media Kesatuan Kebangsaan Untuk Wartawan Filipina, Nestor Burgos berkata, belum dapat dipastikan sama ada pembunuhan itu berkaitan dengan tugas Apostol. Apostol mengacarakan rancangan bual bicara membincangkan isu pembangunan, kata kesatuan itu.

“Kami sentiasa menganggap pembunuhan wartawan di negara ini mungkin berkaitan dengan tugasnya,” kata Burgos.

Wartawan yang lantang bersuara sering diserang di Filipina dan kumpulan pemerhati berkata negara itu adalah antara tempat paling berbahaya di dunia untuk petugas media.
Apostol adalah wartawan keenam dibunuh di Filipina tahun ini, empat daripadanya dipercayai dibunuh kerana tugas mereka, kata pegawai kesatuan wartawan, Rowena Paraan kepada media.

Pembunuhan terbaru itu berlaku di wilayah Maguindanao, di mana anggota keluarga ahli politik Islam yang ternama berdepan perbicaraan atas pembunuhan 57 orang, termasuk 32 petugas media pada November 2009. Keseluruhannya 153 petugas media dibunuh di Filipina ekoran profesion mereka sejak 1986. - Manila Times

-Harianmetro


Lakukan Seks dalam kereta mewah

Jom! comments


Seks dalam kereta mewah

Beijing: Skandal baru membabitkan kematian anak lelaki seorang pegawai kanan China berpunca daripada permainan seks dalam kereta mewah Ferrari dianggap menjejaskan proses peralihan politik satu dekad sekali negara itu.

Kemalangan pada Mac lalu itu turut menyebabkan dua wanita cedera. Butir-butir kejadian tidak didedahkan di China tetapi oleh media Hong Kong. Itu menunjukkan pihak berkuasa bimbang orang awam akan membantah satu lagi contoh kecuaian dan sikap boros golongan atasan. - AP

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net