Salam semua, hari ini koz agak stress dengan masalah yang di hadapi keluarga dalam masa seminggu ini. Masalah yang di maksudkan adalah berkenaan jiran sebelah rumah yang tiada adab dan biadap sesama jiran.
Kisahnya memang sudah lama keluarga koz tidak berapa rapat dengan jiran di sebelah yang tak mesra sejak berpindah si sini 3 tahun lepas.Tambahan pula dengan sikap sombong, suka jaga tepi kain orang dan suka mengumpat.
Pada bulan 2 lepas, ayah koz nak mengubahsuai bahagian halaman rumah dan entah bagaimana boleh pula kontraktor itu adalah ayah kepada jiran sebelah rumah. Jadi takdelah kisah sangat.
Pengubahsuaian dilakukan selama sebulan dan bayaran diberikan seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Dan bayaran akhir sahaja belum dijelaskan sebanyak rm500 akibat atas sebab kami tidak berpuas hati dengan hasil yang dilaksanakan dalam pengubahsuaian.
Pengubahsuaian yang dimaksudkan adalah membuat kolam ikan dan memasang pintu pagar baru. Hasil yang kami perolehi adalah kolam ikan yang bocor, air pancut yang terlalu deras yang mengakibatkan lantai ruang halaman basah atas sebab percikkan air dan pintu pagar yang bergoyang pabila ditiup angin dan tidak stabil.
Dalam minggu ini, adik kepada jiran sebelah, iaitu anak kepada ayah jiran sebelah yang mengambil kerja pengubahsuaian datang menuntut bayaran RM500 itu, tetapi kami sudah kabarkan kepada ayahnya supaya kerja membaiki dilakukan keatas kerosakkan pada kolam dan pintu pagar.
Tetapi ia tidak di endahkan dan adik jiran sebelah telah mengugut akan memotong pagar rumah jika bayaran akhir tidak dilaksanakan dan telah dia juga membuat bising di halamn rumah. Tambahan pula keadaan menjadi tegang apabila jiran sebelah telah masuk campur dalam perkara ini.
Kalau ikutkan memang nak je sumbat mereka dalam kolam tu , tapi peringkat kesabaran masih lagi dapat di kawal. Dan malam tadi koz telah pergi ke balai untuk membuat report sebagai langkah keselamatan.
Kalau esok mereka datang lagi memang tiada kesabaran yang dapat menghalang lagi, memang makan tangan lah jawapnya.........
Comments:14
perghhh... memang tak best la kalo dapat jiran macam ni... da la kne hadap tiap hari, takda adab pulak.. siap men ugut lagi...
memang elok pon wat report...
nasib baik tak pernah ada masalah dengan jiran
harap² masalah ni dpt diselesaikan dgn baik²
adoi.. dah la ada masalah dengan jiran, ingat ka lepas buat ubahsuai tu dapatla rapatkan balik hubungan rupa2nya tak..
@Kuceng GediX:Yup tu yg x best, koz memang amat rindu suasana jiran di kawasan rumah lama dulu, jiran semua baik2 belaka...Jiran yg sekarang ini nama je 1 bangsa, xpi mmg kurang adab...
@Kujie:Tadi memang kami sekeluarga dh wat keputusan serah jelah rm500 tu, tpi mereka dh xmo...
@hana hadi:Ahak...dh peragai mcm 2 mmg susah le nk berubah...
susah juga hidup kalau ada jiran perangai macam ni..
harap2 dpt diselesaikan dgn cara yg baik...hidup berjiran tak perlu la bertegang urat mcm ni...aihhhh..
tah pape je...
sumbat je dengan air pancut tu..
cuba la tegur sikit
Jiran yang baik ialah jiran yang sentiasa menolong kita masa susah dengan IKHLAS.
Jika kita senang TETAPI lupa bukan sengaja tak tolong jiran yang pernah tolong kita dulu, JIKA jirang tu anggap kita tak tolong dia.
Makanya slama mana dia tolong kita selama ni memang TAK IKHLAS.
Noktah ... huhu ..
pelikan pens
ugg shoes
louboutin
converse shoes
michael kors outlet
tom ford sunglasses
soccer jerseys
supreme pas cher
tiffany jewelry
jordans
chenyingying20180906
VCVCVC
hogan shoes
nike store
asics gel lyte
red bottoms
jordan 5
polo ralph lauren
beats headphones
marc jacobs
oakley sunglasses
2018.10.12zhouyanhua
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^