Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Tidak Ada Adab. Show all posts
Showing posts with label Tidak Ada Adab. Show all posts

Jiran Yang Tidak Ada Adab

14 comments


Salam semua, hari ini koz agak stress dengan masalah yang di hadapi keluarga dalam masa seminggu ini. Masalah yang di maksudkan adalah berkenaan jiran sebelah rumah yang tiada adab dan biadap sesama jiran.

Kisahnya memang sudah lama keluarga koz tidak berapa rapat dengan jiran di sebelah yang tak mesra sejak berpindah si sini 3 tahun lepas.Tambahan pula dengan sikap sombong, suka jaga tepi kain orang dan suka mengumpat.

Pada bulan 2 lepas, ayah koz nak mengubahsuai bahagian halaman rumah dan entah bagaimana boleh pula kontraktor itu adalah ayah kepada jiran sebelah rumah. Jadi takdelah kisah sangat.

Pengubahsuaian dilakukan selama sebulan dan bayaran diberikan seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Dan bayaran akhir sahaja belum dijelaskan sebanyak rm500 akibat atas sebab kami tidak berpuas hati dengan hasil yang dilaksanakan dalam pengubahsuaian. 

Pengubahsuaian yang dimaksudkan adalah membuat kolam ikan dan memasang pintu pagar baru. Hasil yang kami perolehi adalah kolam ikan yang bocor, air pancut yang terlalu deras yang mengakibatkan lantai ruang halaman basah atas sebab percikkan air dan pintu pagar yang bergoyang pabila ditiup angin dan tidak stabil.

Dalam minggu ini, adik kepada jiran sebelah, iaitu anak kepada ayah jiran sebelah yang mengambil kerja pengubahsuaian datang menuntut bayaran RM500 itu, tetapi kami sudah kabarkan kepada ayahnya supaya kerja membaiki dilakukan keatas kerosakkan pada kolam dan pintu pagar.

Tetapi ia tidak di endahkan dan adik jiran sebelah telah mengugut akan memotong pagar rumah jika bayaran akhir tidak dilaksanakan dan telah dia juga membuat bising di halamn rumah. Tambahan pula keadaan menjadi tegang apabila jiran sebelah telah masuk campur dalam perkara ini.

Kalau ikutkan memang nak je sumbat mereka dalam kolam tu , tapi peringkat kesabaran masih lagi dapat di kawal. Dan malam tadi koz telah pergi ke balai untuk membuat report sebagai langkah keselamatan.

Kalau esok mereka datang lagi memang tiada kesabaran yang dapat menghalang lagi, memang makan tangan lah jawapnya.........


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net