Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog Budak Nakal. =)
Wah, sekejap je dah masuk bulan April kan?
Hm, bulan April ni sangat bermakna buat aku taw. Sebabnya, bulan ni adalah bulan kelahiran aku. Dan kalau korang ingat, bulan April jugak merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W (20 April Tahun Gajah)
Hm, bulan April ni sangat bermakna buat aku taw. Sebabnya, bulan ni adalah bulan kelahiran aku. Dan kalau korang ingat, bulan April jugak merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W (20 April Tahun Gajah)
Sempena umur aku yang nak masuk 20 tahun tak lama lagi, aku nak petik lah sepetikan ayat dari sebuah buku yang aku sangat suka.
Untuk apa aku hidup?
Manusia tidak wujud secara kebetulan. Ia sebahagian perancangan Ilahi. Manusia tidak wujud sia-sia. Kita akan diuji antara iman dan kufur. Oleh kerana peluang kita hidup di dunia hanya sekali, sebelum betul-betul hidup di akhirat, maka amat perlu kita jelas dan cakna akan tujuan kita bertebaran di muka bumi Allah ini.
Pepatah Arab ada menyebut; hidup tanpa tujuan ibarat sampan tanpa dayung, tidak mampu ke mana-mana. Tanpa tujuan kita hanya mampu berjalan persis orang buta, tidak jelas arah tuju. Tanpa tujuan, kita terkial-kial dalam membuat pilihan.
Tujuan hidup kita ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah (menjadi hamba Allah yang taat) dan hubungan kita dengan manusia serta seluruh makhluk-Nya yang lain (berperanan sebagai khalifah sebaiknya).
Justeru, selari dengan potensi besar yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada semua manusia, sama-sama kita sibuk untuk memaknakan tujuan hidup hakiki untuk ke destinasi abadi.
Oleh: Husna Hassan, editor Majalah Gen-Q
Okay.
Aku tamatkan sesi pembukaan April ni dengan lafaz Bismillah dan salam perkenalan untuk korang semua. Kalau korang tertanya-tanya siapalah 'aku', aku adalah seorang penulis belakang tabir kat Blog Budak Nakal ni. Dan kalau korang perasanlah, nama aku adalah Iman Hayfa (Sebenarnya, ini bukan nama betul aku pun. Sekadar nama pena kat sini je. Hehe #peace) dan merupakan anak jati Muo. Eh, I mean orang Johor lah. Ada sesapa orang Johor lagi kat sini? Sila lah komen "Saya Geng Iman!" kat bawah nanti ea.
Aku ni pemalu orangnya. hewhew :3 |
Sepatah kata Iman Hayfa:
Kalau nak berkenalan dengan aku, boleh je singgah jap kat blog (Blog Iman Hayfa). TAPI, buat sementara waktu ni, aku privatekan kejap blog tu atas sebab nak buat perubahan sikit. InsyaAllah, blog tu akan dibuka semula pada tarikh 6 April nanti (permulaan nafas baru untuk blog kesayangan pada tarikh kelahiran tuan empunya =P). Jangan lupa datang ea. Mekaseh. hewhew
Crew: Budak Nakal Blogspot (Blog Iman Hayfa)
Comments:6
happy april. ooo bday dia patutla special. happy birthday in advance! org pertama wish kot. ;)
@Chic Na
hehehe,,
mekaseh chic na a.k.a the first person to wish ! =D
20 tahunnnnnn sangatttt
Blogger Kozumiro ni comel ya.
Bolehlah saya ngorat .. hihihi
yeke 20 tahun ni koz...heee~
selamat hari jadi, semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^