Powered by Jasper Roberts - Blog

Sofia Jane Tarik Diri Pementasan Teater


Penerbit Eksekutif teater Tun Dr Siti Hasmah iaitu Datin Umie Aida menghormati keputusan aktres Sofia Jane yang menarik diri daripada pementasan itu kerana masalah jadual.

Umie yang juga Pengarah Urusan World Islamic Network Television (WIN TV) berkata, sebagai rakan artis dia terpaksa menerima pendirian Sofia walaupun rombakan kali ketiga dalam produksi itu mungkin meninggalkan persepsi kurang manis kepada khalayak.

"Pertukaran dan masalah dalaman dalam sesebuah produksi adalah perkara biasa yang boleh diatasi. Kami pun sudah mendapat pelakon Eja bagi menggantikan Sofia jadi masalah itu tidak timbul lagi.

"Cuma saya akui agak terkilan juga kerana rombakan ini berlaku untuk kali ketiga. Pada awalnya, saya bimbang kerana ia membabitkan Tun Dr Siti Hasmah kerana para pelakon terlibat untuk watak itu sudah bertemu beliau.

"Apabila berlaku pertukaran lagi, tentulah saya berasa malu pada beliau tetapi ia berada di luar kawalan. Mujurlah, beliau memahami. Benda sudah hendak jadi, terpaksalah terima," katanya.

Sementara itu, pengarahnya Erma Fatima berkata, dia menasihatkan Sofia untuk menarik diri memandangkan aktres itu tidak dapat mengikuti jadual latihan yang diatur.

"Saya cakap pada dia untuk tarik diri kerana pihak kami tidak boleh mengikut permintaan jadual Sofia yang bertentangan dengan jadual produksi.

"Dia tidak boleh hadiri latihan hingga lewat malam sedangkan kebanyakan pelakon dan krew hanya boleh berlatih pada sebelah malam kerana masing-masing ada komitmen lain pada siang hari.

"Jadi, apabila dia tidak dapat hadir sejak sesi pembacaan skrip lagi, maka adalah lebih baik dia berundur diri. Dia faham dengan keadaan itu dan menerimanya kerana soal jadual latihan membabitkan persetujuan semua pihak yang terlibat," katanya.

Ditanya perkembangan semasa persiapan teater itu, Erma berkata, secara dasarnya teater itu sudah bersedia untuk dipentaskan sejak menjalani latihan kira-kira dua minggu lalu.

"Semua proses sudah selesai dan secara dasarnya ia sudah bersedia untuk dipentaskan. Pada fasa ini, kami hanya memperkemaskan lagi aspek lakonan dan penghayatan sahaja," katanya.

Kontroversi teater ini bermula apabila Adlin Aman Ramlie menarik diri sebagai pengarah dan digantikan Erma Fatima.

Tidak hanya membabitkan pelakon, tarikh asal pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos lalu itu turut ditunda dua kali iaitu pada 14 September dan terbaru pada 9 hingga 19 November depan di Istana Budaya.

sumber Mstar
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net