Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Ammar Alfian dan Puteri Sarah bersedia untuk kahwin


Ammar Alfian, Puteri Sarah Sudah Bersedia Untuk Kahwin

Selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta, keduanya mengakui sudah sedia untuk menyimpulkan percintaan mereka dengan ikatan yang lebih suci-perkahwinan.

"Sejujurnya, memang kami sudah merancang untuk berkahwin dan kedua-dua belah keluarga juga sudah berjumpa untuk berkenal-kenalan. Malah, Ammar juga pernah berbincang mengenai perkara ini.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Mungkin bila sudah ada ketetapan waktu dan tarikh, barulah kami akan maklumkan kepada semua," ujar Sarah kepada Zass.

Sependapat dengan Sarah, Ammar berkata, masih terlalu awal untuk memberitahu kepada umum mengenai rencana mereka kerana bimbang ia tidak berjalan seperti yang dirancang.

"Macam tahun lepas, kami pernah merancang untuk bertunang tapi tak jadi kenyataan sebab masing-masing sibuk. Jadi saya bimbang kalau beritahu terlalu awal, ia tidak akan terjadi.

"Apa pun, kami memang sudah bersedia untuk berkahwin dan keluarga juga galakkan kami berkahwin kerana sudah lama berkawan. Insya-Allah kalau sudah sampai seru, kami akan berkahwin juga," katanya.

Sarah berkata, mereka akhirnya sepakat untuk mendirikan rumah tangga selepas keduanya mempunyai pendapatan yang stabil.

"Bagi saya sendiri, tidak kisah berkahwin lambat, asalkan kami sudah ada pendapatan yang stabil, ada kereta dan rumah. Daripada kami berkahwin awal, tapi pendapatan tak stabil, duduk rumah sewa.

"Itu semua mungkin akan menjadi sebahagian punca perbalahan yang akhirnya meranapkan rumah tangga. Jadi bila sudah betul-betul stabil sekarang, barulah kami fikir tentang fasa yang seterusnya," jelasnya.
Ranking: 5

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net