Powered by Jasper Roberts - Blog

Buaya gergasi ditangkap

2 comments



Buaya gergasi sepanjang 6.4 meter dan seberat 1097 KG telah berjaya ditangkap di Bunawan, Provinsi Agusan del Sur Filipina.
Gambar buaya besar, buaya gergasi ganas, gambar buaya gergasi, gambar buaya terbesar di dunia
Buaya ini dipercayai bertanggungjawab terhadap kematian beberapa ekor kerbau dan seorang nelayan yang hilang. Sebanyak 4 perangkap digunakan bagi menagkap hayawan ganas ini tetapi semuanya berjaya dimusnahkannya. Hanya selepas perangkap yang dibuat dari besi yang lebih kukuh digunakan barulah ia berjaya ditangkap.

Lebih 100 penduduk Bunawan diperlukan bagi menarik buaya ini kedarat. Menurut Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde Flores, buaya yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini akan ditempatkan disebuah taman Eco yang sedang dalam pembinaan.

Biodata Siti Fazurina

3 comments



Jom kenali pelakon Siti Fazurina akan nama panggilannya Nina dengan lebih dekat lagi.

Nama Sebenar: Siti Fazurina Mohd Famir
Nama Panggilan: Nina, Fazurina
Tarikh Lahir: 9 Jun 1982
Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Kerjaya: Pelakon
Kelulusan: Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang
Filem lakonan: Senario XX, Estet dan Hantu Bukit Cina
Drama lakonan: Puteri, Dunia Anita, Pusara Ku Pelamin Ayah, Ingin Terbang Jauh, Biarlah Rahsia, Cinta Rahsia, Rebab Tidak Bertali, Kelab Jeng Jeng dan Persona Rindu







gosip siti fazurina, berita terbaru siti fazurina, siti fazurina kawin lari, gambar hot siti fazurina,

Isteri tercampak

2 comments


Wanita maut lepas raikan kejayaan anak peroleh 9A dalam PMR

HULU TERENGGANU:  Kegembiraan seorang  bapa meraikan kejayaan anaknya memperoleh 9A dalam peperiksaan  Penilaian Menengah Rendah  (PMR) bertukar duka apabila  isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 396.3,  Lebuhraya Pantai Timur, dekat Ajil, kelmarin.

Dalam kemalangan yang  berlaku ketika hujan lebat  pada jam 6.45 petang itu,  kenderaan pelbagai guna Naza Ria dipandu Ismail Kamaruzaman, 39, hilang kawalan sebelum berpusing  dan melanggar besi penghadang jalan menyebabkan  isteri dan semua lima anaknya tercampak keluar.

Kejadian itu menyebabkan  isterinya, Wan Soriany Md  Zin, 39, yang bertugas sebagai pegawai sains di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,  meninggal dunia di tempat  kejadian akibat cedera parah  di kepala.

Tiga anak mereka, Mohd  Faiz Shafi, 6, Nor Afiqah, 13,  dan Alia Najihah, 17, cedera  parah di kepala serta badan  dan kini dirawat di Hospital  Sultanah Nur Zahirah  (HSNZ), Kuala Terengganu,  manakala dua lagi anak,Mohd  AfiqHariz, 7, dan MohdHafiq  Hakimi, 15, cedera ringan.

Ismail berkata, dia mengajak keluarganya pulang bercuti ke kampungnya di Batu  Pahat, Johor, selepas anaknya, Mohd Hafiq Hakimi  yang menuntut di Sekolah  Maahad Muhammadi, Kota  Bharu, memperoleh 9A dalam PMR yang diumumkan  kelmarin.

" Selepas mengambil keputusan peperiksaannya, kami  bertolak ke Kuantan sebelum  ke kampung saya di Batu  Pahat," katanya.

Ismail yang bertugas sebagai juruteknologi di HUSM,  Kubang Kerian, berkata selepas kenderaannya terbabas,  dia keluar mendapatkan isterinya yang cedera parah di  kepala tetapi dia tidak sedarkan diri.

" Beberapa pengguna lebuh  raya juga memberhentikan  kenderaan danmemberi bantuan kepada kami termasuk  menghantar anak-anak saya  ke Hospital Hulu Terengganu  untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Ismail tidak pasti bagaimana kemalangan itu boleh berlaku kerana dia sudah memperlahankan kenderaan berikutan hujan lebat dan tidak  menolak kemungkinan air  bertakung di atas jalan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan. Isteri tidak menunjukkan  sebarang perubahan sebaliknya gembira dengan keputusan cemerlang Mohd Hafiq katanya.  Jenazah Wan Soriany dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Kota Bharu, tengah hari  semalam.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di lokasi sama semalam, dua beradik cedera parah apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa mereka terbabas  pada jam 11.40 pagi.  Rosdi Ramli, 17, dan adiknya, Rahmat Ramli,13, yang  cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan.

Admin: Al Fatihah...kepada Arwah, arwah adalah sepupu koz..Kemalangan berlaku kelmarin.

Berita terkini 2 orang anak mangsa masih belum sedarkan diri, mintak anda semua doakan moga Family mereka ini kembali sihat dan 2 anaknya sedarkan diri...Amin...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net