Powered by Jasper Roberts - Blog

Anzalna Nasir dituduh berfikiran cetek

6 comments



Anzalna Nasir tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti cantik yang berfikiran cetek atau 'dumb blonde' dan 'bimbo.'
Anzalna Tidak Peduli Dituduh ‘Bimbo’
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, berkata, persepsi itu tidak mengganggu dirinya sehingga dia perlu berubah menjadi individu yang berlainan daripada karakter semula jadinya yang ceria.

“Terus-terang, saya tidak kisah dengan persepsi orang. Saya tidak akan boleh buat semua orang menyukai saya.

“Biarlah apa orang nak anggap kerana mereka hanya menilai pada luaran. Saya tetap dengan diri dan karakter ceria yang tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Pada saya, jika teguran atau tanggapan itu berasas, saya akan terima dan berubah dengan hati terbuka tetapi kalau persepsi kononnya saya ‘dumb blonde’, ia tidak akan menyakitkan saya,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini, baru-baru ini.

Pelakon filem Sepah The Movie ini berkata, tuduhan yang tidak berasas itu dilemparkan oleh sikap segelintir pihak tanpa mengenali dirinya dengan lebih dekat.

“Saya sedar sikap periang dan gemar ketawa dengan kuat ini membuatkan orang menuduh saya berfikiran singkat dan nampak bodoh.

“Walaupun saya kelihatan seperti suka mengambil mudah dalam urusan yang dilakukan, ia tidak bermakna saya tidak boleh berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

“Saya belajar sehingga ke peringkat universiti dan ada ilmu. Otak saya bukan kosong cuma saya tidak mahu bersikap serius dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Anzalna berkata, dia kini mengimpikan untuk menggalas karakter yang berbeza kerana sudah bosan dengan watak antagonis.

“Saya bermula dalam industri menerusi watak-watak jahat, penggoda dan wanita gedik. Apabila khalayak membenci dan merungut dengan watak itu, ia menunjukkan lakonan saya diterima.

“Kini saya sudah muak dengan watak begitu dan mahu mencari peluang watak-watak lain pula,” kongsinya yang juga akan muncul dengan filem Kahwin 5 pada Disember depan.

Filem Sepah The Movie yang turut dibintangi antaranya kumpulan Sepah dan Jehan Miskin akan ditayangkan bermula 29 November ini.

sumber Mstar

Luahan Hati Penyokong Ultras Malaya

1 comments


Jom layan video Luahan hati penyokong Ultras Malaya pada perlawanan antara Malaysia lawan Singapore semalam di Stadium Bukit Jalil.

Rajagopal Apa Kau Dah Buat?

Natasha Hudson Elak Berlakon Babak Romantik

Jom! comments




Pelakon Natasha Hudson kini menitikberatkan tawaran lakonan yang diterima demi menjaga batas dan adab sebagai muslimah sejak mula berhijab pada awal April lalu.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 30, berkata, atas kesedaran dan tanggungjawab itu dia akan mengelakkan babak-babak romantik atau bersentuhan dengan pelakon lelaki lain dalam drama atau filem.

“Setakat ini belum ada lagi tawaran watak atau babak yang romantik, intim dan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain sejak saya bertudung.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu cerewet terhadap tawaran yang diterima kerana ini (lakonan) adalah kerjaya saya.

“Mujurlah, kebanyakan pengarah dan penerbit peka dan menghormati batas-batas bagi pelakon yang bertudung seperti saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pemenang trofi Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin ini mula bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada penghujung Mac lalu.

Justeru itu, Natasha berkata, dia kini memberikan keutamaan pada bidang pengacaraan dan urusan syarikat produksi miliknya dan suami Carleed Khaza iaitu Dream Cloud Productions.

“Atas kesedaran terhadap batas-batas pergaulan dan adab saya memberikan lebih tumpuan pada kerja-kerja belakang tabir dan pengacaraan sekarang.

“Saya banyak membantu suami untuk kerja-kerja produksi syarikat kami Dream Cloud. Saya juga aktif menyiapkan rekaan terbaru koleksi hijab yang dijual secara dalam talian,” ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Natasha, dia perlu bijak mengimbangi antara lakonan, pengacaraan dan perniagaan kerana belum bersedia untuk berundur diri daripada dunia lakonan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sepenuhnya buat masa ini kerana ia adalah minat dan kepuasan saya.

“Cuma, saya perlu bijak mengimbangi dan memilih tawaran lakonan yang bersesuaian dengan penampilan dan status sekarang,” kongsinya.

Mengenai kehidupannya yang kini hamil empat bulan, Natasha berkata, perkara itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang seni.

“Rasanya kehamilan pada kali ini lebih baik daripada pengalaman pertama ketika mengandungkan anak sulung Nessa Helena.

“Setakat ini, saya tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik cuma mudah berasa letih sahaja. Selagi larat, saya akan bekerja macam biasa,” jelasnya.

Natasha diijabkabulkan dengan komposer dan penyanyi rap Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, pada 15 April lalu di Masjid Wilayah, di sini.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net