Powered by Jasper Roberts - Blog

Pelajar Kolej Ditangkap Khalwat

3 comments

Pelajar Kolej Ditangkap Khalwat Buat maksiat di hotel bajet

Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012

5 comments


Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012-Malam ini akan menjadi penentu siapakan yang akan ditabalkan memenangi Trofi Newpaper CUP 2012 diantara Malaysia U21 vs Vietnam U21.

Moga pemain Harimau Muda kita mempamirkan aksi yang terbaik seperti mana semasa menewaskan Thailang U21 dalam peringkat separuh akhir.

GO! Harimau Muda!..

Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 7 petang ini dan siaran langsung di kaca tv malaysia no info.
LIVE streaming Harimau Muda vs Vietnam U21

Keputusan Harimau Muda Vs Vietnam U21

Shila Amzah akan terbit Album Melayu dan Mandarin

2 comments


Shila Amzah kini rezekinya makin bertambah dimana pada 17 November ini Shila Amzah bakal membuat persembahan pembukaan untuk konsert salah seorang daripada barisan juri Asian Wave iaitu Eric Moo di Beijing.

Shila Amzah juga bakal menandatangani kontrak dengan Shanghai Media Group (SMG)di Shanghai. Selain itu penyanyi berusia 22 tahun ini dalam perancangan untuk menerbitkan dua buah album dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Mandarin.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net