Powered by Jasper Roberts - Blog

Video remaja meragut di soal siasat

2 comments


Perkongsian video kali ini memaparkan seorang peragut remaja yang berjaya di tahan di Bukit Kirara oleh orang ramai.

Seperti sedia maklum, jika perompak,pencuri dan peragut ditangkap di negara-negara lain pasti akan di belasah hampir mati atau di bunuh oleh orang sekeliling.

Tetapi remaja ini amatlah bernasib baik tidak diperlakukan sedemikian walaupun di sepak terajang, tapi masih lagi berada dalam batasan kemanusiaan. Remaja ini juga di layan dengan baik serta sebagai bonus mendapat teguran dan nasihat daripada orang yang sedang merakam video ini. Mari kita sesama saksikan...


Pelajar tingkatan enam ditahan belasah teman wanita

1 comments



KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Enam di Lipis ditahan selepas terbabit dalam kes samun dan membelasah teman wanitanya yang juga pelajar sekelasnya.

Dalam kejadian 5.40 petang semalam iu, pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dipukul dengan topi keledar di kepala selain ditendang berkali-kali oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek turut bertindak melarikan rantai leher mangsa yang bernilai RM1,000 selepas membelasahnya.

"Kes dipercayai gara-gara teman wanita suspek didakwa gagal menjelaskan hutang yang tidak diketahui jumlahnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian di Tanjung Lipis, Lipis itu, mangsa ditemani tiga rakannya untuk bertemu dengn suspek bagi menyelesaikan kes hutang yang membabitkan suspek dan mangsa.

"Tiba di tempat berkenaan, suspek terus melenting dan bertindak memukul mangsa. Mangsa yang cedera di kepala dan muka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis," katanya.

Abdul Razak berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal, bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis pada jam 10 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 6.10 petang kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu kes jenayah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lepas yang bakal dibicara bulan depan.  

"Suspek kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Kuala Lipis selama  empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Pengamal perubatan Islam tidak mengaku merogol

1 comments


Gambar Hiasan
Pengamal perubatan Islam mengaku tidak salah tuduhan rogol.
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang wanita, akhir bulan lepas.

Muhammad Sombhah Abdullah, 48, dituduh merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah, di sebuah kampung di Labu, Nilai dekat sini antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datin M. Kunasundary membenarkan Muhammad Sombhah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga diarah melapor diri pada setiap 1 haribulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarganya.

Terdahulu, Hakim Kunasundary membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin supaya pihak media dilarang menyiarkan nama mangsa, identiti keluarga dan alamatnya dalam apa-apa bentuk saluran bagi menjaga imej mangsa.

Muhammad Sombhah diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net