Powered by Jasper Roberts - Blog

Kisah pak cik di dalam KFC

6 comments



Kisah pak cik di dalam KFC






Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

haha..agak-agak korang , lau korang berada di tempat  tu, apa korang buat?^ ^

Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah dan Aiman

Jom! comments

Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah N Aiman

Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah dan Aiman

Salam all...wah hari ini koz ada perkara menarik nak kongsi dengan korang yang sukakan hadiah.Sebentar tadi koz pergi terjah blog Cik Fie kita. Sekali terbaca entry yang bertajuk " Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah N Aiman". Wah...agak lama juga koz tak join mana-mana giveaway.Jadi kalau korang berminat tuk join Mega Give away korang boleh ke SINI.

Ikan Lumba-Lumba Pink Ditemui.

2 comments

Ikan Lumba-Lumba Pink Ditemui.



Ikan lumba-lumba berwarna pink sememangnya wujud, gelaran nama yang di berikan adalah geoffrensis. Ikan lumba-lumba ini adalah jenis ikan air tawar. Habitat asal mereka adalah di sekitar benua Amerika Selatan.

Spesies ikan ini di katakan telah termasuk dalam senarai spesies yang terancam oleh IUCN kerana pencemaran sungai dan aktiviti perikanan yang makin menjadi-jadi.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net