Powered by Jasper Roberts - Blog

Tempahan Design Facebook Cover Aqasia Secret HQ

4 comments


Salam semua, Alhamdulillah, kali ini tempahan Facebook cover datangnya dari pemilik Fanpage " AQASIA SECRET HQ " yang telah mengambil tempahan Pakej 2 Unit Facebook cover.


AQASIA SECRET adalah jenama produk keluaran syarikat berdaftar, Mama Q Store (001927751-U), bertempat di Batu Caves, Selangor.

Syarikat ini mengeluarkan produk pelangsingan badan - aQasia SlimShape Lotion & aQasia Slimmicious Juice. Kedua-dua produk yang paling hebat masa kini, diformulasi bersama ekstrak kolagen, vitamin C & juga vitamin E yang bukan sahaja untuk menguruskan badan tetapi juga mencantikkan kulit.

Produk syarikat ini adalah bebas bahan kimia, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, disahkan Halal, mendapat kelulusan KKM & juga dibuat di kilang muslim bertaraf GMP.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang produk ini bolehlah ke SINI.


Dan kepada anda yang ingin menggunakan service design dari kozumi bolehlah ke SINI.

Tempahan Design Facebook Cover Perfume Houzz Online

8 comments


Salam semua, Alhamdulillah seorang lagi pelanggan yang mula merubah langkah menjadikan Bisnes di dalam Fanpagenya nampak lebih Profesional dengan mengambil Promosi Service Design Facebook Cover yang telah koz wawarkan sebelum ini di SINI.

Kali ini merupakan seorang pelanggan yang baru mula melaksanakan bisnesnya iaitu bisnes perfume lelaki dan wanita. Perlbagai jenis dan jenama yang pemilik ini jual jadi kepada korang yang berminat silalah singgah di fanpage beliau okey, di Perfume Houzz Online.

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan service design bolehlah dapatkan info tempahan di fanpage koz di SINI, dan promosi masih ada jangan risau.

Uish, Jiran Yang Macam Tu Pun Ada Jugak Ek?

6 comments

Jiran sebelah-menyebelah. 

Hee, bila tengok luahan koz pasal jiran dia, terasa macam geram pulak dengan jiran yang macam tu. Ade jugak ek jiran yang berani nak main ugut-ugut tu semua? Macam budak-budak belum mumaiyiz je. 


Sebenarnya kes yang melibatkan jiran yang macam ni terus mengingatkan aku tentang sebuah hadis yang aku terjumpa hari tu yang berbunyi :


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” 
-Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim



Tengok ! Betapa bernilainya ukhwah sesama jiran tu di mata Allah. Takkan kita tak terasa something bila kita buat jahat kat jiran sendiri? Okay, kalau tak rasa yang tu, cuba dalami ayat al-Quran ni pulak :



"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
Surah An-Nisaa' (4: 36)



Hm, tetiba aku rasa macam cuak pulak nak berumahtangga nanti sebab bila dah kawen, mesti nak cari rumah untuk suami isteri kan? Lepas tu, tah macam mana lah rumah dan sekelilingnya nanti. Paling penting, macam manalah rupa dan perangai jiran aku nanti ek? Mudah-mudahan aku dan bakal suami nanti akan berjiran dengan orang yang baik-baik dengan izin-Nya. Amin ~ . Tapi, untuk peringatan kita semua dan aku juga, kalau kita nak harap jiran yang baik, kita terlebih dahulu kenalah ubah diri kita ke arah yang baik. Kan?



Aku doakan supaya koz dan jirannya tu akan berdamai secepat yang mungkin. Jangan kerana benda yang remeh, habis rosak pahala-pahala simpanan untuk bekalan akhirat nanti. Nauzubillah.




Sepatah kata Iman Hayfa :

Ish, aku busy lah lately. Tak sempat pulak nak tolong koz untuk updatekan pape untuk beberapa hari sebelum ni. Alhamdulillah, kali ni ada kesempatan yang Allah nak berikan. Oleh itu, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak jemputlah korang semua untuk singgah ke blog aku yang baru di'touch-up' kelmarin. Hehe. Bagilah pandangan korang sekali berkenaan dengan blog aku tu ea? Mekaseh ! :) ---> Blog Iman Hayfa














Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net