Powered by Jasper Roberts - Blog

Syukur Alhamdulillah...

13 comments

Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan...Semalam merupakan hari pembedahan jantung adik irfan. Pembedahan mula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 tengahari. Selepas pembedahan berjaya, adik irfan di msukkan di wad PICU. Pada pukul 6 petang barulah koz dapat melawat adik irfan. Amat sedih bila melihat tubuh yang kaku kerana adik irfan merupakan seorang yang hyper aktif. 

Tempoh 48 jam merupakan detik kritikel selepas membuat pembedahan. Dalam tempoh berkenaan merupakan tempoh untuk melihat perkembangan potitif para pesakit. Syukur alhamdulillah tengahari tadi adik irfan mula sedar dan dia diberikan ubat tidur kembali.

Mungkin dalam sehari dua lagi adik irfan akan dipindahkan ke wab biasa. Koz sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan adik irfan dan moga adik irfan cepat sembuh...Amin...


Doakan Untuk Adik Bongsu Kozumi_ro

16 comments


Salam semua, esok merupakan hari pembedahan Jantung adik bongsu koz yang bernama Irfan. Awal pagi dia akan di msukkan ke bilik pembedahan, jadi petang ini koz akan ke IJN untuk melawatnya kerana esok pada awal pagi Adik Irfan akan diberikan ubat tidur.

Agak terkejut dan tergamam bila dapat tahu sebentar tadi Adik Irfan yang sebelum ini mengalami jantung berlubang sejak lahir, kini telah mengalami sedikit masalah pada saluran jantung dan juga paru-parunya.. Ya Allah...kuatkanlah smangat HambaMu ini...

Pada 25 januari lepas , Adik Irfan baru sahaja menjalini pembedahan membuang semua Giginya.

Koz pohon rakan-rakan blogger yang lain Doakan yang terbaik untuk Adik Irfan semoga pembedahan esok berjalan dengan selamat dan doakan kesihatan untuk Adik Irfan...Amin....

Mohon maaf kepada semua rakan-rakan yang telah membuat tempahan design, koz terpaksa stop sementara waktu..harap anda semua paham...

Budak Nakal Vs Emma Maembong

13 comments

Emma-Maembong
Salam semua, ahak disebabkan buzy tahap hyper agak kuranglah koz akan mengupdate blog ini. Banyak juga tempahan-tempahan design masuk sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah rezeki.

Jadi koz mohon maaflah ya tidak dapat sajikan korang dengan artikel-artikel terbaru. Berkenaan gambar di atas abaikan sahaja, memang takde kena mengena dengan artikel ini haha, cuma sekadar hiasan semata-mata kan boni kacak kan hahaha...

Nanti bila keadaan terkawal koz akan aktif seperti biasa ok...Jangan nakal-nakal ya:P

Keyword emma maembong
Keyword terbaik Emma Maembong

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net