Powered by Jasper Roberts - Blog

Peluang rakyat memiliki rumah idaman

1 comments


Peluang rakyat miliki rumah harga pasaran rumah dijangka turun.

Kerajaan menyediakan akses yang lebih luas kepada rakyat bagi memiliki rumah di samping agensi dan syarikat berkaitan/milik kerajaan (GLC) bakal menambah kapasiti untuk memajukan sektor itu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penyertaan kerajaan juga bertujuan menurunkan harga pasaran rumah dalam jangka masa panjang.

“Ada beberapa faktor yang kita perlu lihat untuk pemilikan rumah, iaitu pinjaman dan harga rumah yang ingin kita miliki.

“Aspek pinjaman terletak di bawah tanggungjawab Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu daerah Kinta anjuran Biro Pengaduan  Awam di sini, semalam.

Beliau mengulas gesaan bank komersil melonggarkan syarat pinjaman perumahan terutama kepada bakal pembeli di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) dengan mengambil kira keupayaan peminjam  untuk membayar balik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung sebelum ini menyatakan pihaknya banyak menerima aduan daripada pemaju perumahan yang mendakwa kesukaran untuk menjual rumah adalah disebabkan pembeli sukar mendapat pinjaman bank.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, kerajaan prihatin dalam isu pemilikan rumah dan atas sebab itulah kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Belanjawan 2013 kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan  dilaksanakan oleh PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara,” katanya.

Tambahnya, PR1MA diperuntukkan sebanyak RM1 bilion iaitu RM500 juta bagi membina 50,000 rumah mampu milik dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang akan membuka akses yang lebih luas dan fokus kepada golongan berpendapatan rendah berbanding harga antara RM300,000 hingga RM400,000 sebelum ini.

“RM500 juta lagi merupakan ‘facilitation fund’ bagi PR1MA dan pihak swasta boleh memajukan perumahan secara penglibatan bersama.

“Untuk menjalinkan kerjasama itu, PR1MA perlu kenal pasti syarikat swasta yang telah mendapatkan kelulusan untuk majukan perumahan serta merta atau mereka yang telah mencapai 50 peratus proses projek.

“Jadi PR1MA akan sediakan dana mungkin dalam 10 peratus daripada kos projek dengan syarikat pemaju dan pemaju perlu mengurangkan harga pasaran rumah,” katanya lagi.

Ahamd Husni berkata, SPNB diminta melaksanakan projek rumah mampu milik seperti yang dilakukan pihak swasta secara berskala besar melibatkan 40 hingga 80 hektar tanah selain menambah jumlah rumah yang mempunyai reka bentuk banglo seperti rumah mesra rakyat.

“Rumah-rumah berkualiti seperti itu boleh dibina oleh SPNB dan ditawarkan pada harga yang berpatutan seperti RM150,000,” tambahnya.

Pelajar Kolej Ditangkap Khalwat

3 comments

Pelajar Kolej Ditangkap Khalwat Buat maksiat di hotel bajet

Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012

5 comments


Harimau Muda vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012-Malam ini akan menjadi penentu siapakan yang akan ditabalkan memenangi Trofi Newpaper CUP 2012 diantara Malaysia U21 vs Vietnam U21.

Moga pemain Harimau Muda kita mempamirkan aksi yang terbaik seperti mana semasa menewaskan Thailang U21 dalam peringkat separuh akhir.

GO! Harimau Muda!..

Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 7 petang ini dan siaran langsung di kaca tv malaysia no info.
LIVE streaming Harimau Muda vs Vietnam U21

Keputusan Harimau Muda Vs Vietnam U21

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net