Powered by Jasper Roberts - Blog

Ibu Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia

Jom! comments



Ibu pemain bola sepak Kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia
Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu dara.

Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.
Khyril Muhymeen, 25, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.


"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.


Pada 15 Okt lepas, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.

Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. - Bernama

Ganjaran istimewa jika ATM julang Piala Malaysia

Jom! comments


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memberi ganjaran istimewa kepada semua pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya pasukan itu berjaya menjuarai Piala Malaysia.

Bagaimanapun apa dan berapa jumlah ganjaran itu tidak diumumkan kerana ia masih lagi menjadi rahsia.

Ia tidak berlaku seperti pasukan Kelantan yang akan menerima sekeping tanah sekiranya mereka menjadi juara kali ini.

Yang paling penting Ahmad Zahid mahu pemain pasukan ATM  menunjukkan ketangkasan, gaya permainan yang menyeronok serta menghiburkan penonton dan penyokong dan setia mereka.

“Saya yakin pemain ATM akan beraksi dengan taktik dan aksi yang terbaik untuk menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid percaya pasukan ATM dapat memikul tugasan  memartabatkan pasukan ATM setelah 46 tahun ketandusan  gelaran juara.

Menurutnya, penyokong sejak awal lagi mahukan ATM menjuarai piala berkenaan musim ini dan beliau meminta pemain tidak menghampakan harapan mereka menjuarai piala berprestij ini.

“Bermainlah dengan penuh cemerlang dan ganjaran setimpal akan menyusuli kejayaan. Ini janji saya,“ katanya.

Ahmad Zahid mahu pemain bermain bersungguh-sungguh dan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terunggul dalam musim kali ini.

sumber Sinar

Hot! Johan dan Nabila Kemalangan

1 comments



Kejadian berlaku semasa Johan dan Nabila menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012 selepas selesai sesi penggambaran.

Walaubagaimana pun Johan dan Nabila tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya mengalami sedikit kejutan selepas kejadian yang berlaku.

“Pada waktu kejadian itu, biasalah, kami sedang ‘excited’ untuk menuju ke sini (Hotel Royal Bintang). Namun disebabkan hujan, jalan menjadi licin dan secara tiba-tiba, kereta yang dipandu Johan tergelincir,” jelas Nabila mengenai kejadian tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku di Penchala Link itu, kemalangan itu nyaris mencederakan Nabila apabila bahagian sebelah kiri kereta Johan mengalami kerosakan yang teruk.

“Saya masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku dan ini merupakan kali pertama saya dan juga Johan mengalami kemalangan kereta,” tambah Nabila lagi.

Sementara itu, Nabila sempat juga menafikan bahawa dia dan Johan telah putus cinta dan menegaskan mereka berdua hanya berkawan baik sahaja.

“Saya hairan, macam mana boleh timbul cerita putus sedangkan kami berdua hanya berkawan? Masalah dengan keluarganya juga tidak pernah timbul dan tak logik,” tegas Nabila.

“Macam mana boleh kena ‘reject’ dengan keluarga Johan sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu mereka?”

Nabila kesal dengan khabar angin yang tersebar dan meminta agar orang berhenti bercerita perkara negatif terhadap dirinya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net