Cerita Seram Kawasan Perkuburan.
Di waktu malam yang sunyi sepi, Ali dan Abu baru sahaja pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas bersebelahan sebuah kawasan perkuburan lama.Hati mereka berdebar-debar ketika melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.