Berpuasa tapi masih lagi berpimpin tangan. Itulah yang kerap berlaku pada orang kita baik muda dan tua sesama bukan muhrim. Di bulan Ramadhan ini seharusnya perkara sebegini haruslah di elakkan.
Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit atau bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.