Powered by Jasper Roberts - Blog

Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Kini Di Buka 10 Disember

11 comments



Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.


keyword:
Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan , Cara Daftar Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Suri Rumah , Pendaftaran Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 kerajaan , bantuan RM500 untuk rakyat , cara dapatkan duit bantuan RM500 untuk rakyat , bantuan untuk rakyat , bantuan untuk rakyat malaysia , brim RM500 untuk rakyat , BIRM RM500 untuk rakyat , bantuan rakyat , bantuan kerajaan untuk rakyat , bantuan RM500 1 malaysia , bantuan RM500 2011 2012 untuk rakyat , bantuan keluarga , cara dapatkan RM500 , bantuan 500 ringgit untuk rakyat , bantuan untuk ketua isi rumah , layak dapat RM500 untuk rakyat , golongan layak dapat bantuan RM500 untuk rakyat , permohonan RM500 untuk rakyat , 

TV3 Pertandingan Tiru Gaya Artis

8 comments


Lakonkan semula persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu sejak 1986 hingga 2010 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5000 serta menyaksikan AJL26 secara langsung sebagai VIP!!!

Hantarkan video anda secara online dan hanya 10 peserta akan berjaya ke pusingan akhir dan Malaysia akan mengundi secara online siapa yang akan dinobatkan sebagai juara!!. Peserta haruslah kreatif, berbakat dan menghiburkan.


Syarat dan penyertaan anda boleh lihat di SINI.

Cara Semak Keputusan PMR, SPM Secara Online

37 comments



Bagi yang ingin mengetahui cara untuk menyemak keputusan PMR .Kini anda boleh membuat Semakan Secara Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah untuk menyemak keputusan peperiksaan tersebut. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan mereka.


  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak LaporanPaparan akan keluar seperti dalam gambar rajah di bawah:

keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb).

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net