Skuad negara selamat tiba melalui penerbangan khas dari Indonesia setelah selesai tugasan mereka di sana semalam. Kini mereka mempunyai kira-kira 41 jam untuk membuat persediaan menghadapi Syria bagi Kelayakan Olimpik London 2012 malam esok, 23 November 2011. Perlawanan yang bakal berlangsung diStadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan tiket perlawanan Malaysia vs Syiria 23 November 2011 ini mula dijual hari ini iaitu di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional (9 pagi hingga 7 malam) dengan harga RM40 (grandstand) dan RM20 (terbuka).
Jadual Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012
Hari ini
Bahrain vs Jepun
Stadium Nasional, Riffa
Bahrain vs Jepun
Stadium Nasional, Riffa
Esok
Malaysia vs Syria
Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 mlm
Malaysia vs Syria
Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 mlm
Persediaan skuad Olimpik Malaysia mungkin tidak seberapa apatah lagi beberapa tonggak utama mengalami kecederaan dan sudah pasti tidak dapat diturunkan. Antara mereka yang dihimpit masalah kecederaan adalah Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim. Namun skuad Olimpik negara bernasib baik apabila beberapa pemain yang tidak dibawa ke Sukan SEA seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri, Affize Faisal Mamat, D Saarvindran, Izuan Salahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Nazirul Naim Che Hashim sedia diturunkan tetapi Gary Steven Robbat masih belum pulih.
Apapun ianya bukan kelebihan sepenuhnya buat Syria apabila bertemu skuad negara pada aksi kedua Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. Tatkala skuad negara hanya memiliki tempoh 41 jam untuk persiapan sebaik tiba di tanah air, awal pagi tadi selepas berakhir tugasan di temasya Sukan SEA XXVI di Jakarta, Syria sebenarnya turut dibelenggu masalah kecederaan. Lima tonggak kesebelasan utama ketika menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi sulung 21 September lalu – penjaga gol Mahmoud Yousef, Mohamad Afa Al Rifai, Zahir Al Midani, Oday Abd Al Jafal dan Yaser Shushara – tidak berada dalam senarai 24 pemain ke Kuala Lumpur.