Powered by Jasper Roberts - Blog

Final SEA Game 2011 Indonesia Vs Malaysia.

2 comments

Malam ini akan berlangsung pertemuaan Malaysia vs Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2011 dalam acara Bola Sepak. Moga Harimau Muda negara dapat mengulangi percapaian pingat emas dalam sukan SEA 2 tahun lalu.

Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8.00 malam waktu malaysia. Perlawanan akhir ini anda boleh menonton di astro Arena, TV 1, dan TV 3. Seperti sedia maklum, pada perlawanan penentuan juara kumpulan. Malaysia telah menumbangkan Indonesia 1-0 dan pada perlawanan akhir ini pertembungan sekali lagi antara kedua-dua pasukan untuk merebut pingat dalam sukan Sea pada kali ini. Dapatkah pasukan Harimau Muda kita mengulangi sejarah pada tahun 1977 dan 1979 di mana Malaysia memenagi pingat emas dua tahun berturut-turut.

Moga pemain kita dapat memberi atau menghidangkan satu permainan yang bersemangat walaupun terpaksa mengharungi 100,000 penyokong fanatik indonesia pada perlawanan akhir ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan Malaysia dalam perlawanan akhir ini.

Movie Aku Bukan Tomboy

4 comments



Sinopsis Aku Bukan Tomboy:- 

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka.

Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy.

Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

Tajuk Filem:
Aku Bukan Tomboy

Pengarah: 
Syamsul Yusof

Penerbit: 
Skop Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 
17 November 2011

Pelakon Aku Bukan Tomboy:
Syamsul Yusof
Scha
Salina Saibi
Shaheizy Sam
Sheera


Trailer Movie Aku Bukan Tomboy



Sea Games 2011 Myanmar vs Malaysia ( Separuh Akhir )

7 comments


Perlawanan separuh akhir acara bola sepak sukan SEA 2011 antara pasukan Malaysia vs Myanmar akan berlangsung pada 19 November 2011. Sepak mula perlawanan adalah dalam pukul 4 petang waktu malaysia.

Perlawanan ini akan berlangsung di stadium Gelora Bung Karno. Dan akan mendapat liputan dari astro arena secara live. Mari beramai-ramai memberi semangat kepada pasukan Harimau Muda kita moga mereka akan mencipta kejayaan dalam perlawanan tersebut bagi melayakkan ke medan Akhir acara bola sepak sukan SEA 2011 kali ini.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net