Powered by Jasper Roberts - Blog

Soal Jawap Nuffnang Soal Buffered Earnings

8 comments


Hai all...baru-baru ini koz telah memberi soalan kepada pihak nuffnang berkenaan cara nuffnang memberikan iklan kepada pemilik blog dan cara pembayaran setiap iklan yang diberikan kepada pemilik blog. Jadi jawapan yang di berikan seperti berikut:

Hi Wan,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung. 

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA
Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda. 

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi. 

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



Teringgin nak mendapat Buffered Earnings lagi. Sudah lama koz menunggu, nuffnang baik hatikan??kiki(bodek2 cikit^ ^)..

Pabila Mata Di Paksa Terbuka....

3 comments


Hai all..korang mesti ngah nyenyak tido...koz lum tido lagi ni. Tengah siapkan kerja freelance. Hoho mata dah berat dah ni, tapi kerja tak siap lagi. Argh...kuatkan semangat koz...kuatkan semangat, malaysia boleh...hahaha...

Koz tengah buat kartun animasi tuk tv ni, cerita apa? tak boleh bagitahu hihi...tunggu saja kemunculan cerita ini yea...ops...nak sambung kerja balik... tumpang lalu yea...^ ^]

Video Kekejaman Terhadap Kucing ( Bakar )

4 comments



Video ini koz ambil di blog http://malaysiatopbloggers.blogspot.com . Masa koz berblogwalking tadi terjumpa video kekejaman terhadap haiwan paling comel ini di blog tersebut. Tak dapat terucap apabila koz melihat video ini. Kemana perginya nilai kasih kepada haiwan. Seperti sedia maklum haiwan kesukaan Nabi Muhammad saw adalah kucing. Moga apa yang mereka lakukkan kepada haiwan ini akan mendapat lebih lagi balasan di Akhirat kelak...sob...sob...memang tersentap bila koz lihat video ini. Nak nangis pun ada...Matahari, Muffin, Tiara, Mocha, Oren, Satria...Papa sayang kamu sangat-sangat.( Kucing kesayangan yang di bela koz )



Apa Kata Anda Selepas Melihat Video Ini???


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net