Powered by Jasper Roberts - Blog

Biodata Nabila Huda

2 comments


Di sini dipaparkan biodata nabila huda yang merupakan pelakon yang semakin meningkat namanya. Kini Drama lakonan Nabila huda adalah dalam drama julia Slot Akasia di TV3.

Biodata dan Profile Nabila Huda

Nama: Nabila Huda Suhaimi

Nama Panggilan: Nabila atau Abil

Tarikh Lahir: 2 Disember 1984

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Usia: 28 tahun

Zodiak: Sagittarius

Suami: Zaidy Zailani

Anak: Keisha Laila

Drama LakonanNabila Huda : Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi, Cinta Untuk Ain, Sutra Maya, Sari Maya dan Cinta Dia.

Filem Lakonan Nabila Huda : Rock, Bohsia dan Akhirat


Lelaki di tahan kerana hina islam dalam facebook

Jom! comments



Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. - Bernama

Isteri belasah suami kerana facebook

1 comments


Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa mencederakan dirinya di rumah mereka di Jalan Tong Sang, di sini, pukul 1 tengahari semalam.

Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu berkata, isterinya dalam usia 20-an adalah pengguna Facebook yang kerap sejak kebelakangan ini, dan menjadi sangat marah serta kecewa apabila dia mahu belajar mengenai laman web sosial itu.

“Dia menolak saya dan berkata dia mahu bercerai,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, selepas kejadian itu, isterinya berlari masuk ke dalam sebuah bilik dan kemudiannya kembali dengan sebilah
pisau di tangannya.

Wanita itu kemudiannya didakwa telah menyerang suaminya dengan pisau berkenaan dan turut mengigit telinga lelaki itu.

Lelaki itu berkata, dia kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan menuju terus ke balai polis.

Polis kemudian bertindak membawanya ke hospital di mana dia menerima beberapa jahitan.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net