Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label fakta menarik. Show all posts
Showing posts with label fakta menarik. Show all posts

Fakta Menarik Tentang Air Mata

2 comments

Hai.


So, macam mana dengan korang punya permulaan 2014 ni? Adakah 'diari 2014' dimulakan dengan perkara-perkara lagha ataupun diisi dengan perkara yang bermanfaat ? Tepuk dada tanya iman.






Memandangkan tahun 2013 dah pun berlalu, suka untuk aku mengingatkan diri aku dan korang juga supaya buat refleksi diri. Muhasabah diri kita sendiri. Apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas? Apa yang kita dah sumbangkan untuk keluarga, negara dan ummah? Adakah tahun 2013 dah berjaya mendekatkan diri kita kepada Pencipta ataupun sebaliknya? Nauzubillah. Mudah-mudahan semua jawapan yang diberikan molek-molek belaka. Untuk yang belum ada jawapan yang molek, jangan risau jangan sedih. Masih ada peluang untuk kita berubah. =)


Sementara masih hidup ni, masih ada je peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang kita dah lakukan. Bukan sekadar memohon ampun atas dosa-dosa tahun 2013, malah bertaubatlah juga atas dosa-dosa lampau yang kita lakukan sejak kecil lagi. 


Tanda kita betul-betul bertaubat atas dosa yang kita lakukan adalah bila air mata yang mengalir merupakan air mata keikhlasan memohon ampun kepada-Nya. Kalau kita betul-betul bertaubat, kita akan menyesali dosa-dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 



Ha, speak of crying, aku saje je lah nak share ngan korang beberapa fakta tentang air mata ni. Manelah tahu lepas ni kita akan lebih kerap menangis bukan saja sebab menyesali dosa-dosa kita bahkan kerana nak menyihatkan tubuh badan. Hehe =3






Fakta Tentang Air mata: 


1. Membunuh bakteria

Biasanya kita menggunakan ubat titis untuk menghilangkan kotoran dan bakteri dalam mata kan? Tetapi air mata ternyata dapat membunuh bakteria secara semulajadi karena di dalamnya terkandung cairan yang disebut dengan lysozome yang berfungsi membunuh sekitar 90% hingga 95% bakteri. 

2. Mencerahkan penglihatan 

Air mata berguna untuk mencerahkan penglihatan kerana dapat mencegah dehidration pada membrane yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. Air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Dengan keluarnya air mata tersebut, menandakan bahwa racun telah dibuang dari dalam tubuh. 

3. Mampu meningkatkan mood 

Dengan menangis, mood seseorang akan berubah menjadi lebih baik kerana air mata yang dihasilkan dari menangis mengandungi 24% protein albumin yang berguna untuk regulate sistem metabolisme tubuh. 

4.Mengurangkan stress

Air mata mampu mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-encaphalin dan prolactin. Selain itu air mata dapat membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.



Ha, sekarang dah tahu kelebihan air mata? Apelagi, jom la kita selalu menangis ! Haha. Tapi jangan ar menangis tragis sangat. Nanti orang ingat kita ada masalah mental pulak T__T




Sepatah kata Iman Hayfa :

Bila aku stress, aku suka duduk sorang-sorang dan menangis. Menangis bukan sebab apa pun. Menangis sebab tengah mengadu kat Allah lah. Ye lah, nak citerkan masalah kat manusia, belum tentu manusia akan paham situasi kita kan?



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net