Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label budak nakal menang peraduan. Show all posts
Showing posts with label budak nakal menang peraduan. Show all posts

Pertandingan Mewarna - Kelembai Band

12 comments

kelembai studio saz


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah semalam kozumi dapat kabar berita terbaik dari satu kumpulan band yang makin meningkat naik ketika ini. Band yang kozumi maksudkan ialah dari Kelembai Band. Kozumi pasti anda semua mengenali band ini dan juga gaya band ini membuat persembahan. 

Baru-baru ini Kelembai Band telah menganjurkan satu pertandingan mewarna lukisan yang dihakimi oleh kartunis yang telah menyediakan lukisannya sendiri. Gambaran lukisannya seperti di bawah.

gambar kartun kelembai band

Jadi tugasan para peserta hanya perlu mewarnakannya mengikut kretiviti peserta itu sendiri. Pada waktu pertandingan ini berlangsung, kozumi adalah jugak masa terluang. Kozumi pun mengambil langkah untuk turut serta dalam pertandingan ini. Hasil kerja koz selama dua hari mewarna adalah seperti di bawah. Biasa-biasa je.... :P

pertandingan mewarna kelembai band


Pertandingan ini dijalankan pada 23 april 2015 dan berakhir pada 15 mei 2015. Dan tarikh pengumuman pemenang dilakukan pada malam semalam iaitu 17 mei 2015. Syukur Alhamdulillah bila lihat senarai pemenang, nama kozumi adalah dicatitkan sebagai pemenang nombor satu.


Memang tak sangka pun boleh menang, tapi inilah dikatakan rezeki, jadi terima sahaja. Pemenang akan dijemput menyertai makan malam secara eksklusif bersama kelembai, dan berpeluang menemui kelembai secara in person , t-shirt dan cenderahati eksklusif dari kelembai juga akan diberikan kepada pemenang. Syukur Alhamdulillah....

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net