Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label BR1M 2.0. Show all posts
Showing posts with label BR1M 2.0. Show all posts

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

2 comments


Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online-
Putrajaya: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M kali dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa tujuh bulan.
Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.

“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.

“Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lahir pada 1992

Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.

Katanya, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2.0 memenuhi kriteria ditetapkan.

“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan Januari tahun depan.-Berita Harian


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net