Seorang rakyat Malaysia yang dikatakan pengganas telah mati ditembak di sebuah hotel di Davao pada hari Jumaat.
Kejadian ini berlaku semasa suspek yang ingin meninggalkan hotal yang didiami sebelum didatangi anggota polis enggan memberi kerjasama semasa polis melakukan pemeriksaan keatas beg yang di bawa isterinya sehingga berlaku pergelutan sebelum ditembak.
Difahamkan Mohd Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).
Suspek dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom yang diperbuat daripada mortar 60mm. - BERNAMA
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^