Konflik di Syria yang berlangsung selama 21 bulan belum pasti ada harapan untuk tamat itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Ban Ki-moon memberi pandangan itu ketika dialog politik bermula di antara kerajaan Syria dan juga penentangnya.
Ketika sidang akhbar berlangsung kelmarin, Ban berkata, satu-satunya cara menyelesaikan konflik itu adalah menerusi persetujuan politik.
Berikutan itu, beliau sekali lagi menggesa anggota Majlis Keselamatan yang tidak bersepakat mengenai penyelesaian isu berkenaan supaya cuba mencari persetujuan bersama.
Ban juga menekankan, persetujuan bersama itu boleh memberi semangat politik yang kuat kepada dua pihak yang berperang di Syria.
“Syria memulakan tahun ini dengan konflik dan menamatkan tahun ini dengan perang. Kesan buruknya kepada negara serantau dirasai setiap hari dan bulan,” kata Ban.
Dalam perkembangan terbaru, pemberontak Syria menawan enam lagi bandar di wilayah Hama.
Seorang anggota kanan pemberontak, Qassem Saadeddine, berkata kawasan barat Hama ditawan pemberontak.
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^