Powered by Jasper Roberts - Blog

Legoland malaysia.

Legoland malaysia kini di buka.

 Taman tema, LEGOLAND Malaysia kini bersedia menerima kedatangan pengunjung apabila dibuka secara rasmi pada 15 September ini.


Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst, berkata pihaknya gembira kerana taman tema itu dapat disiapkan sepenuhnya untuk dibuka pada hari berkenaan. "Malah kakitangan Legoland malaysia bekerja keras bagi memastikan segala kemudahan di taman tema ini dalam keadaan terbaik dan sempurna.
"Saya sendiri begitu teruja apabila melihat begitu ramai orang pada hari ini sempena hari terbuka khas untuk media dan tetamu jemputan," katanya.



Sehubungan itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland malaysia, Thila Munusamy berkata, taman tema berkenaan menyasarkan kehadiran kira-kira 1.2 juta pengunjung pada tahun pertama operasinya.

Mengenai kemudahan pengangkutan untuk datang ke taman tema berkenaan, katanya, pengunjung boleh menggunakan bas yang beroperasi dari JB Sentral, Larkin, Gelang Patah dan Johor Premium Outlets (JPO).

Katanya, perkhidmatan bas dari Larkin ke LEGOLAND setiap 30 minit pada waktu puncak dengan kadar bayaran sebanyak RM12 manakala bas dari Singapura dari Singapore Flyer setiap 30 minit pada waktu sibuk dan tiba di taman tema berkenaan kurang sejam dengan $20 dolar Singapura seorang.
Bas turut disediakan dari Link Kedua. Pengunjung juga boleh pergi ke LEGOLAND Malaysia dari Lapangan Terbang Senai.

Terdapat lebih 3,500 juta tempat letak kereta disediakan. Sementara itu, LEGOLAND Malaysia masih menawarkan rebat RM30 untuk pembelian pas tahunan berharga RM245. LEGOLAND Malaysia adalah yang tunggal di rantau Asia dan keenam di dunia. Kira-kira 1,000 petugas di taman tema berkenaan.

Info Legoland malaysia

Taman Tema LEGOLAND Malaysia

  1. LEGOLAND pertama di Asia
  2. Taman tema bertaraf antarabangsa di Malaysia
  3. Dibina dengan keluasan 31 hektar
  4. Kos sebanyak RM700 juta
  5. Mempunyai tujuh kawasan bertema
  6. 40 permainan, tarikan dan pertunjukan
  7. 15,000 model Lego
  8. 50 juta bongkah Lego

peta legoland Malaysia



Ranking: 5

Comments:4

03 September, 2012 08:53

RM700 Juta.. patutlah ticket masuk dia pun mahal ;O
Kalau ad rezeki nak juga pergi, dapat sekali pun alhamdulillah

03 September, 2012 11:43

a,ah mmg mahal...tapi apa salahnya lau nk mencuba^^ tgk pada perrmainannya nmpk mcm best je kan...

03 September, 2012 22:42

700 juta kos? mak ai!

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net