Powered by Jasper Roberts - Blog

Siti sarah hamil anak kedua



Pelawak dan juga ahli kumpulan Sepahtu, Shuib akui teruja selepas isterinya, Siti Sarah Raisuddin disahkan hamil kali kedua oleh doktor pada tiga yang hari lalu.

Malah, Shuib memberitahu dia tidak menyangka isterinya hamil dengan jangkawaktu yang cepat selepas melahirkan anak pertamanya, Uwais Alqarn yang kini baru bersuia 9 bulan.

"Alhamdulilah, sebelum kami berjumpa doktor dua hari lalu, Sarah sudah pun mengesan kehamilannya dengan menggunakan alat uji kehamianl di rumah.

"Doktor yang melakukan imbasan kepada perut Sarah memberitahu usia kandungannya masih awal iaitu dalam 2 hingga 3 minggu dan yang kelihatan buat masa ini hanyalah segumpal darah lagi.

"Kami sangat teruja dengan berita ini, walaupun pada awalnya kami merancang untuk dapat anak lagi selepas Uwais besar sedikit dan boleh sedikit berdikari, namun kami terim pemerian ini dan menganggap ia sebagai rezeki Tuhan," kata Shuib ketika dihubungi oleh murai.com.my

Tambah Shuib lagi, keinginan untuk menimang cahaya mata kali kedua membuak-buak setelah dia sendiri terlalu rindu untuk bermain bersama bayi kecil.

"Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama.

"Jadi kami gembira dengan berita ini dan menganggap ianya sebagai hadiah harijadi kami yang cukup bermakna yang mana kebetulan tarikh lahir kami masing-masing jatuh pada bulan September iaitu saya pada 12 September dan Sarah pada 15 September ," jelasnya lagi.

Shuib dan Sarah mendirikan rumahtangga pada 26 Februari tahun lalu.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru Shuib, dia bakal muncul dalam drama Sepahtu Angan Tak Sudah tidak lama lagi serta bakal muncul dalam filem Sepah The Movie bersama Jep, Mamat Sepah dan Anzalna Nasir yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 November ini.

sumber

Ranking: 5

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net