Powered by Jasper Roberts - Blog

Ella Sedia Menimang Cahaya Mata


Ella Ratu Rock negara yang kini memegang status sebagai isteri kepada Azhar Ghazali berkongsikan akan kehidupannya selepas berkahwin semakin bertambah baik dan lebih sempurna berbanding sebelum ini.

Ini membuatkannya amat teruja untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya, walaupun di awal perkahwinan dahulu mereka mengalami sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Ella turut memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kerana itu merupakan lambang kasih sayang antara dirinya dan suami.

“Ella bersedia sekiranya dianugerahi cahaya mata. Ella sememangnya menantikannya kerana itulah lambang kasih sayang kami. Terima kasih peminat Ella yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Ella dan suami,” ujarnya.



Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net